Monday, April 30, 2012

Rumah sewa punya hal.

Akak balik johor weekend nih uolls sebab nak tengok rumah akak yg kat johor itteww sebab budak2 tu kata nak keluar ujung bulan tapi sewa ada tertunggak lagi RM250 bulan febuari punya dan jugak tengok kerosakan rumah ittewww...

Tup..tup kitorang pegi rumah tak da orang. Akak pulak lupa bawak kunci rumah. Akak tengok sampah dah berlonggok kat luar. Pastu tanya jiran sebelah tu kata diorang dah pindah keluar dah.

Sungguh shilake sangat kan pindah tak bagitau. Eh, sebelum tu, kitorg dah try call sebulan before tuh tapi diorang dah tukar no phone. Memang la tak dapat call.

Diorg pun pindah keluar tak tinggal kunci rumah. Maka, Mohd Rafi terpaksa memecah masuk rumah sendiri. Pecahkan tombol grill dengan pintu.

Astaghfirullahhhh.... urut dada akak masuk rumah tu.

Berantakan gila babi hokeh. Mangkuk toilet siap hitam2 keliling. Pinggan mangkuk tak basuh dalam toilet. Kertas bersepah-sepah. Lantai jangan citer memang hitam, geli aku nak pijak.

Barang semua memang dah takde. Pintu toilet berlubang dua. Pengsan haku tengok.

FYI, akak sewakan kat student Poli PEREMPUAN. Perempuan hokeh!!

Tapi pengotor gila babi, pengsan haku tengok.

Dekat pintu masuk ada pulak kotak2. Lalu akak pon check tengok apa dia.

Ada FILE sijil. Ada sijil SPM, sijil upsr, sijil berenti sekolah dan juga sijil2 penyertaan.

Pastu ada pulak, CV dia. CV haruslah ada no phone kannnn???

Lalu akak pon call dia lah. Akak ugut.

NAK SIJIL KE TAK? NAK SIJIL SILA LAH BAYAR SEWA TERTUNGGAK + BIL TERTUNGGAK + KEROSAKAN PINTU.

Allah nak tunjuk kannn? Even dia keluar cabut tanpa settlekan bayaran2 semua tu dan tukar no hp, sekali je pegi bangang tinggal dokument penting kat situ.

Dah tu, sebagai budak course FASHION, kau tinggal sekali profile kau di situ kannnn?? Memang lah lagi senang kejer aku.

Rasainnnn kau bayar dulu semua baru aku bagi sijil2 tuh.

Pastu Mohd Rafi terus tukar tombol dan mangga rumah.

Lepas tu kemas rumah mcm hapa je. Gila babi banyak sampah. Aku pindah rumah pon tak banyak mcm tu. Tu belum kena basuh rumah lagik.

Belum abes citer lagik..

Jeng jeng jeng... Mohd Rafi kemas bilik atas dia jumpa birthrate pil (pil perancang).

Cemana tau tu pil perancang?? sebab ada hari2 kat belakang tuh, Mon-tues-wed-thur-fri-sat-sun- dan ulang2 lagik hari tuh.

Pastu abang jiran sebelah tu komplen la kat kitorang yang budak2 pompuan nih selalu bawak lelaki masuk.
Abang tu kata biasa diorang keluar sampai pukul 2 pagi mcm tu dia balik dengan jantan. Sorang masuk rumah, sorang lagi jaga dalam keter jaga line.

Beristiqfar sambil urut dada akak okeh. Nasib baik aku tak jumpa kondom kat rumah tuh.

Cerita tak habes lagik. Akak nak sambung buat 300 biji macaron. Bye!!!

5 comments:

Mrs Nageb said...

Ya Allah...tuhan nak tunjuk kan...tuhlah tuh...camner leh ada org terpikir nak buat jahat camtu kan..

monstorious wife said...

tu la, tuhan nak tunjuk. Kitorg pulak tergerak hati nak balik johor. Rasainnn kitorg peras ugut diorang.

hOtMaMa said...

mmg hanjeng sngt perangai manusia mcm tuh... aiyooo! mak yg dah kawin nih pun tak kenal pil perancang cemana!

acik oren said...

lepas ni tak payah sewa kan je lah kak. asik terkena je. buat sakit hati.

mama aufa said...

tensen nye dpt penyewa mcm tu.sgt2 takda moral n common sense.sgt2 binci taw..jahat r diorang.sian akak. rasaiinn kna bayar dulu baru dpt balik sijil. rugi akak tak cakap camni, "ko kemas umah ako balik2 sampai bersih berkilat + bayo sewa tertunggak+baiki segala yg rosak" baru dapat balik sijil penting.hehe.

iklan