Sunday, December 11, 2011

Planning...

Uolls...

Baru2 ni kawan akak message akak dia kata kawan dia tanya klinik mana yang boleh gugurkan anak sebab wife dia pregnant anak second dan dia tak ready (financialy).

Astaqfirullah... kawan akak cakap kalau bini dia bersalin kasik je kat dia. Dia nak jaga. DIa tak subahat menggugurkan bayi yg tak berdosa.

Akak pon paham dia tak mampu untuk jaga anak ke 2 nih, tapi nak gugurkann?? tu the last thing he should do. Akak cakap kalau dia tak nak, ramai lagi yang nak anak tu.

Ye la kat Malaysia nih berapa ramai yang nak anak tapi tak dapat kan?? Sanggup beli bayi dengan harga 20k bagai..

Akak tanya kenapa dia tak 'PLAN'. Kawan akak kata wife dia ter MISS makan pil.

SO, jadila ANAK.

It takes two to tango betul tak? Lelaki patut tau bila waktu subur wife sendiri. UNLESS kalau dia tak kisah wife dia pregnant 2nd time.

Akak pon kalau nak kira2 takde la mampu sangat kalau beranak dua. Tapi takdela sampai fikir nak gugurkan anak. Akak percaya dengan rezeki anak.

Dulu masa berdua je dengan Mohd Rafi memanjang tak cukup duit kannn?? Bila Pahat ada sekarang nih murah rezeki uollss.. Alhamdulillahh duit sentiasa ada walaupon tak la mewah. Masih lagi la ada duit setakat untuk berlibur pegi jalan2, makan kfc ke...

Rezeki Mohd Rafi pon bertambah sejak akhir2 nih. Tapi akibatnya faham2 je lah uollss.. 2 3 bulan nih memang harapan la dia nak balik rumah selagi tak pukul 10malam. Minggu ni hari2 dia balik pukul 2 3 pagi. Pengsan akak dengan Pahat!

Tapi sebab akak bakal tak keje tahun depan akak redha je lah.

Still, gaji dia berapa nan ado dia bgtau. Tapi bulan ni dia bagi lebih la duet.. Bukan untuk enjoy ye uolllss, akak simpan dalam account company untuk masa depan. Ala xdela banyak sampai ribu2 dia bagi.. akak pon sedar Mohd Rafi tu keje apa je kann.. Dapat lebih dari separuh gaji akak tu kira banyak la, tolak bayar bil semua, ada lebih untuk akak berjoli... Belanja diri sendiri air starbuck java chips. Ehehehe.

Mampos kalau catering business aku tak jalan. Dah la hutang berlambak2.. Company modem pon nan ado contact akak lepas meeting aritu. Suppose next week ada food tasting kalau akak terpilih untuk tender ittew.. Tapi akak rasa tak dapat la kot sebab akak terus terang je cakap akak tak banyak experience in catering. Takpelah, there's always first time in anything kannn?

Boleh cuba lagi... Kottt.

Eh, korang birth planning cara apa? Akak tak cara natural. Sendiri mau ingat okeh. So far berjaya la jugak. Tapi tak tau la sampai bila. Time lambat period je mula la sendiri gelabah. Aritu period akak lewat sampai 15 hari, merasa gelabah ayam, akak beli 5 kali pregnancy stick tu tetap negative. Nasib baik tak feeling2 pegi klinik.

FYI, kalau period uolls lewat dalam 2 3 hari cepat2 pegi klinik sebab kadang2 sperm tu baru berjalan2 dalam rahim uolls belum senyawa lagik. So doc akan tanya nak atau taknak. Kalau taknak dia akan bagi pil turun darah. Kalau nak mungkin sperm tu akak senyawa dengan ovum dan menempel di dinding uterus gittuuuu. So akan jadi lah anak.

Pastu time pregnant tak payah risau berat naik. Lepas bersalin pon tak payah risau sangat perut gelebeh, dalam 7 8 bulan nanti kempis balik.

Berat akak before pregnant 48kg, sebelum bersalin 60kg. Selepas 30 hari bersalin 51.5kg. Bulan puasa aritu paling kurus aku tak tau berapa kg tapi semua orang tegur akak kurus sangat. Sekarang nih dah ok balik. Tapi akak pun tak sure berapa berat sekarang sebab tak timbang lagi. Tapi akak suspect dalam 48-50kg kot.

Tapi masalah akak adelah stretch mark akak nih nan ado hilang. Time pregnant akak tak pernah miss sapu vitamin E tapi nan ado berkesan. Esok akak nak beli bio oil. Nak paw Mohd Rafi. Dia rela di paw sekarang nih!

Korang ada tips tak hilangkan strecth mark.

Eh, lupa akak nak cakap, Victoria Beckham pon buat surgery hilangkan gelebeh perut lepas bersalin, so korang tak payah risau.

6 comments:

ain_nia said...

sy pn tatau nak plan cmne..
plan snd aje..hihi..
tp aritu doktor ckp plan sy x jd..
sbb kan da pregnant luar rahim..
tp doktor ckp okla..setahun gak..
tp ni mmg tgh pk2 nak plan cmne..
sbb cm ngeri lg..
yela, masa syahmi operate..
pregnant luar rahim pn kene operate..
lgpn x keje ni..
tp husband cm x kesah je kalau dpt bb..sbb die ckp anak tu rezeki..
sy pn suke bb, tp tu la..ngeri lg..

Mrs Nageb said...

Anak tu rezeki kan kak....adoyai...hihihihi...i pun plan sendirik..cik husband tak bagi mkn pil bagai..dia tahu kot bini dia selalu tak berdisiplin..hihihi

mak aufa said...

hehe..sy plan naturally! hihiihi.=D setakat ni berjaya lagik.lg pon,period tetap senang nk planning.=p dulu mase peknen 1st lewat period 2 hari je bile wat upt Postive peknen.hAHaaha.. kena plan takot tak sempat habis blaja.isk3..

p/s=pahat dh leh jd abang ni.hihi

monstorious wife said...

ain_nia : kalau akak jd uolls pon ngeri.

khalilah : sama la, iols pon tak boleh disiplin makan, last2 plan sendiri jah.

Ainina : makan pil asik saket kepala sampai tak boleh bangun. Last2 plan sendiri je lah.. Kalau dah rezeki pon terima je lah.

Anonymous said...

agree sgt dgn komen akak yang "kalo pregnant tak payah nak komplen berat naik". sbb ada la sorang blogger ni asyik komplen berat dia naik. berat naik. naik muak dah dgr.

shilafaizz said...

sy plan makai iucd. Mwahahaha tapi pertengahan tahun depan dah pose2 nak bukak..dah ready nak pregnant lagik rindu nak mengandung dan ade baby kicik..insyaallah kalau ade rezki la...

iklan