Sunday, December 11, 2011

Berjalan2 ke Zoo KL.

Ingat tak entry akak pegi Zoo Melaka yang binatang2 ittew semua pose2 ala pemalas nak keluar feeling2 duduk tempat berteduh jah??

Kini akak pegi zoo lagi bawak Pahat. Sebab akak bising sibuk berzikir kat telinga Mohd Rafi bawak Pahat pegi zoo.

Tadi pagi pegi la Zoo. Bayar RM20. Mahalnya uollsss! Zoo Melaka kalau tak silap RM7 jah.

Toddler under 3 FREE.

Sebab akak feeling2 dengar orang cakap Zoo KL nih besar penat nak jalan konon2nya. Akak pon naek tram. Kena bayar lah! ingat free?? RM3 dewasa, under 3 FREE.

Ni atas Tram. Pahat xde apa2 perasaan naik nih. Contoh akak pakai BB produk. Chantek kahhhh??? **matila..

Sibuk je tangan Mohd Rafi yang gelap nak interframe kat situ. Dah la tak sama color dengan akak dan Pahat.

Tram tu stop kat station tengah. Kat kandang harimau. Tapi harimau tu pemalas uollss... Dia pose2 baring jah. Motippp??


Ramai gila manusia kat Zoo arinih okeh. Nak pegi satu2 kandang binatang pon kena mencelah dicelah2 orang ramai.

SI Pahat ni sibuk nak berjalan, taknak dokong. Tapi dia berjalan banyak tempat dia stop. Asal jumpa daun je dia stop sibuk nak pijak.

Tapi ZOo KL ni tak la sebesar Zoo Melaka. Akak jalan2 dengan Mohd Rafi n Pahat tiba2 eh, dah sampai pintu masuk balik dah? Kejap gila.

Masa pegi Zoo Melaka mcm nak mati jalan pegi pintu masuk balik. Kan Fiza kannnn?? Binatang pon mcm tak banyak jah. So, akak lebih suka Zoo Melaka.



Ni dah nak balik amek gambar dengan badak replika. Kau hengat Syella Kamarudin jah ada replika?? **tetiba.

Tangan Mohd Rafi tetap enter frame di situ. Chantekkan tangan kau??


Jangan tak tau nak amek gambar dengan gajah ni pon kena beratur okeh. Tetap tangan Mohd Rafi nak interframe. Tension hakak!

Walaucemana pon we had fun bawak Pahat pegi Zoo. Balik kitorang belikan Pahat Gajah mainan. Nanti tunggu Pahat 3 tahun baru bawak pegi Zoo melaka pulak. Hopefully masa tu dia dah kenal binatang.

Sekarang nih bawak pegi Zoo dia sibuk main Daun bukan tengak binatang. Emak bapak dia je yang lebih2..

1 comment:

Aan Andes said...

Ilot, zoo negara tu mmg agak hampeh. Kalau pegi area reptile tu mmg tak maintain elok la..dah la byk tempat ular tu kosong tapi busuk sangat.

Last time I went the tram tak charge lagi, woww skrg dah 3ringgit ye.

A'ah zoo melaka lagi best. Nanti nak bawak zahra pegi, tak sabarnya..

Anyway pegi bird park pulak, bila Pahat dah steady jalan, mesti seronok dia kejar peacock :D

iklan