Friday, December 9, 2011

Kesian penulis novel OMBAK RINDU

Korang dah tengok kah OMBAK RINDU??

Korang rasa best kah?? akak rasa biasa je, sebab spoil sikit lah Maya Karin jadi Izzah. Kot ye pon stylish dia tu pakaikan la tudung betul2 sikit.

Pastu akak kesian dengan penulis novel dia Fauziah Ashari,

ni akak copy paste:

Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.


Uolls bayangkan uolss adalah pencipta asal, tetiba bayaran tak berbaloi. Bayaran pelakon lagi banyak dari pencipta tak ke korang hangen. Dah la sibuk2 kat paper citer tu meletop. Lagilah hangen kannn??

Dah tu ada ke kat internet diorang dok kata Fauziah tu tamak?

Keji betul kann?? akak rasa tu hak dia. Lagipon dia takde cakap pon dia nak mintak bayaran. Dia cuma jelaskan tentang bayaran yang dia dapat.

Vavi sangat sapa yang tuduh2 mcm tu.

Well, kalau dia nak tamak tu pon hak dia. Uolls tengok JK rowling tuh, berapa banyak dia dapat untuk movie harry potter tu jah.

So, lepas ni kalau ada penulis2 novel yang nak buat filem, mintaklah demand sikit. 30% dari untung movie ke..

Kepada produser Filem OMBAK RINDU : Agak2la sikittt... ingat senang ke nak fikir jalan cerita novel tu. Lagipon orang ramai2 tengok citer tu pon sebab dah baca novel tu.

Tapi akak ada baca kat paper dia kata kalau kutipan 8juta dia kasik la imbuhan.

Aikk?? nak kena tunggu 8 juta kah baru kasik??? Chantek sangat!

4 comments:

nir said...

Setuju!

For me, citer tu best HANYALAH disebabkan buku tu best. Kalau tak, jgn haraplaa ramai yang masuk panggung smbil bwk tisu berkotak2!

Dan part tudung izzah tu adalah sgt mengganggu. Drpd watak Izzah dlm novel yg bukan ustazah tetapi nk dijadikan ustazah dlm film...tp hakikat nya tudung ntah hapa2. Time kena halau dr rumah pun rambut bersepai kuar kt blakang. Macam laa si Azizah Mahzan tu marah, tak boleh nk tunggu kalau pakai tudung elok2 sikit..baik dikekalkan je watak izzah yg biasa, kalau tak tahu nk kekalkan kaedah ustazah pakai tudung!

Sory, sy emo sikit!

acik oren said...

kak, ni pengalaman akak saya la as novelis kan, dia pun memula agak terkilan sebab buku 1st dia mmg sold out, tapi perjanjian dpt "byk" tu je so tak kira la sold out ke ape ke mmg byk tu je dpt.
lepas tu baru dia belajar cemana trick pasal buku2 novel ni, and skrg dia tukar publisher and alhamdulillah, dia kire bape dpt jual. cuma akak saya bukan la lagi penulis skrip sampai nak kuar filem
mcm penulis Ombak Rindu ni rasa nya lepas ni dia kena berhati hati.
saya tak tgk Ombak rindu sebab tak bape suka Maya karin. boleh??

monstorious wife said...

nir : akak pon emo jugak uollss

acik oren : tu la.. akak kesian dengan penulis tu. Keji sangat lah publisher dan penerbit filem tu.

arnie said...

kesian gak dgn fauziah tuh..

sgt keji dikatekan tamak! hak die! betul ckp akak, jk rowling tuh dpt byk dr movie hry potter..

annoying pulak dgn maya karin yg pakai tudung ke belakang.. baik xyah pakai terus..

siannye.... pulak diungkit royalti dr tahun 2000? keji!

iklan