Thursday, December 22, 2011

Aquaria dan Zoo and garret popcorn

Ahak, dah khamis baru nk citer. Akak pose2 malas uollss minggu nih. Motipp??

Ahad lepas akak bawak pahat dan anak sedara akak pi Aquaria.

Mahal tau aquaria. RM35 dewasa. Macam nak pengsan jalan kaki dari klcc ke aquaria dengan mendokong Pahat. Akak lepaskan dia berjalan melencong ntah ke mana2.

Eh, sempat aku beli garret popcorn itteww.. Akak beli caramel crisp. Ampunnnnnnnn manis nak mati uolllsss!! Tapi still sedap.

AKak beli yang small rm16, tukang habeskan anak2 sedara akak ittew.

Pastu kat Aquaria ramai gila manusia. Nak beli tiket pon beratur panjang.


Sorry yah, xde sape nak amekkan gambar, terpaksa iols amek gambar sendiri. Anak sedara aku yang buas tu sibuk memanjat tiang kat aquaria tuh.

Hari ahad Mohd Rafi dah balik dari Jakarta kitorang pegi Zoo Melaka pulak.

Zoo melaka pon ramai orang despite kes budak kena serang siamang tu kan??

Entrance Fee (adult ) RM7... RM7 sahaja!!! Zoo KL RM20 seciput mcm tuh. Keji!
Children RM4, under 5 years FREE. Zoo KL bawah 3 tahun baru free.

Tu la first and last akak pegi zoo kl. Lebih baik aku pegi zoo melaka. Puas hati, binatang pon banyak.


Hanya apak yang larat mendokong Pahat.

Apak dan Pahat. Dia tengah hilangkan rindu kat anak dia, Koserr tau.

Pastu petang tu pegi rumah pakcik akak kat tangjung minyak sambil bergosip. Malam tu ajak sepupu akak jadi tourist guide pegi Jonker walk.

Kat Jonker walk si Pahat nih tido keletihan. Tapi kejap jah. Pastu mata terbeliak tengok orang lalu lalang. Yang kat belakang pakai baju hiam tu sepupu akak.


Sebenarnya kat Melaka banyak tempat nak pegi. Tapi hari hujan bawak Pahat. AKak aku pon bawak baby, tak sesuai nak jalan2. Jonker walk ni pun tunggu ujan teduh baru pegi. Tiba2 kat sana ujan lagi. Cepat2 lah balik.

Dah uollss... Akak nak tengok Law and Order,

No comments:

iklan