Friday, March 4, 2016

Farhat cakap omputeh.

Biasanya uolss budak2 dtg sini(uk) dalam sebulan 2 dah pandai cakap omputeh. Pahat lambat sikit. Tapi sejak dia pandai cakap omputeh emak jadi confuse nak cakap melayu ke english dgn dia.

Lepas tu sekarang asyik sound emak je.

Case 1
Tadi emak tercakap 'What the hell is that?'
Lepas tu dia cakap. 'Ibuuu.. you cannot say, What the hell... say what is that'
'ok...who told you that? siapa ajar Pahat?' Kadang2 emak dwibahasa.
'Teacher in school'

Case 2
Lepas makan dia duk kat sinki. Emak nak basuh pinggan. Terketuk pinggan tu kat kepala dia. Lepas tu emak buat seperti tiada apa berlaku, lalu Pahat cakap,
'Ibu...why dont you say sorry?'
Emak buat x dengar.
'Ibuuu... say sorry!!'
Emak stop. 'Ok pahat. I'm sorry I hit your head'

Case 3
Emak tepuk adik dia.
'Ibuuu...dont hit adik. Not goodd.Dont do that.'
---> dont do that ni memang ayat favourite dia, Sikit2 dont do that..dont do thatt

Minggu lepas cuti sekolah emak train dia baca buku tiap2 hari lepas ngaji. Tapi dia x berapa reti nak blend the sound. Depa sini kan belajar phonic. Tapi dia hafal la buku tu. Kat sini weekly cikgu dia akan check reading progress pastu tulis dalam reading report. Nanti dia bagi student bawak balik buku cerita setiap bulan dia tukar buku. Ni buku ke 5 Pahat.
Hasil emak ajar hari2 dia dah pandai baca buku tu. Tapi 1 buku tu je la. Kau suruh baca buku lain nan hado dia reti. Lepas tu cikgu dia jumpa Mohd Rafi lepas sekolah cakap 'Pahat do a very good job today' sebab Mohd Rafi yg amek dia pegi n balik sekolah minggu ni. 'He can read Mum bug's book very well'

Next week ada parents meeting utk spring term. Akak harap tiada lagi report mengatakan Pahat lack of focus. Pitammmm emak!

Minggu ni emak tak sempat tgk Pahat. Hari2 balik pukul 9 kejar submission. Aku balik masing2 dah tido. Hari isnin tu akak balik beli Pizza. Lepas tu Pahat kat pintu campak Snake plastic pastu cakap,
'Ibu scared??'
Emak ala2 perlu ke ular plastic aku nak takut? "No i dont"
'No, you scared...'
Lepas nampak pizza..
'Woahhhhh...I like pizza!'

Lepas tu 3 hari 3 malam makan pizza. Termasuk pizza frozen dlm fridge. Kitorg makan nasik dia makan pizza.

Ni sijil dia dapat sebab 'TRYING HARD'



 Kau adoooo trying hard pun dapat sijil? Tapi emak laminate juga sbb bukan selalu dia dpt.



Ok uols..bye. Akak nak tengok Decendants of the sun. New favourite korean movie.

Oh sebelum tu akak nak bgtau ye... Akak tengok citer korea biasa malam lepas anak2 tido guna phone dibawah duvet. Biasa dah nak tido tu akak tgk citer korea dulu senang je sekarang guna apps. Uols boleh try dramamania atau dramafire. Kau ingat kerja aku tengok citer korea ke 24jam??

No comments:

iklan