Wednesday, July 30, 2014

Raya di perantauan...

Kemahen lagi perantauan katanya...

Yeay!! tahun ni akak berjaya puasa penuh walaupun penuh dugaan dan cobaaannnn... Ye la uollss time ko balik jalan kaki dari opis dengan cuaca panas kering, sampai rumah memang rasa nak buka puasa yaaa..

BTW, ni bukan kali pertama akak beraya kat UK. So xde la apa2 yang pelik ataupon sedih sangat. Walaupun x semeriah mcm beraya masa dekat Surrey, tp akak ok jahhh..





Hari jumaat tu akak gigih pi city centre beli ayam pencen sbb nak masak rendang. Tapi kekdahnya akak malas nak tunggu ayam tu lembut. Akak pun pi la rebus dulu. Pastu kekdahnya akak biar dlm periuk 4 jam dengan api perlahan. Tup tup tgk daging dah bercerai dr kulit yaaa.

Hari ahad tu baru masak rendang pastu haroslah hancorrrr... Maka jadilah rendang serunding. Malas dah akak nak layan. So sebelum buka ahad tu akak dah siap masak ayam masak merah. Kuah lodeh. Kuah kacang. Rendang serunding tuuuu. Puding koktail dan congo bars.

Lepas buka baru masak rendang daging. Lepas tuuuu teros lepakkk sbb masak banyak2 sorang2... Matilahhh




Nampak x hidangan raya akak?? Ado kerepek pisang cik sha bawak 1 telap besar. 1 hari dah habes dikerjakann. Ada jugak peanut butter choc chip cookies. Puding koktail dalam fridge. Yang hujung tu congo bars.

Ni gambar raya family kami. Baju memang color lain2. hahaha... Mak akak nak pos baju raya akak kata x payah sbb akak dah nak balik, x yah bazer2.

Untuk pengetahuan, ni kali pertama ya MOHD RAFI pakai samping sepanjang raya dengan akak. Ntah kenapa buang tebiat pakai samping pulak.

Ni gambar tetamu. Yg baju oren tu andrew, Malaysian chinese. Steve omputeh tu. Dan Mai from vietnam.

Diorg makan rendang serunding akak tu diorg suka ya. Pitammmmss.. Siap tanya resepi. Matilah koser akak nak bgtau sah2 rendang emak x jadi.

Steve tu bawak air gas berbotol2.. Mak aih. Kitorg jenis x minum air gas sangat so derma kat org2 lain. Ni pun ada lagi 3 botol.

Lepas semua balik. Kami pi melawat kak mas yg baru bersalin tu. Untuk pengetahuan dia hampir die on table lepas operation sebab bleeding yg melampau. Tapi alhamdulillah dia survive. 2 minggu jugak la kat spital tu.

Lepas tu akak pi jumpa midwife untuk check up kali terakhir di UK dan mintak surat 'safe to fly'. Nasib baik dengan midwife free je. Kalau dengan GP kena bayar GBP35. Koserr.

Dah settle semua kami ke OUTLET!!. Pegi Gunwarf Quays Portsmouth. Padahal dah x tau nak sumbat mana barang2 aku shopping tu. Beli henbeg clark utk mak dgn adik aku. Pastu beli kasut timberland.

Akak suh adik akak tunjuk kat mak akak beg Cath Kidson sbb tengah sale kat outlet. Tapi dia x nak uolss. Katanya beg pesen cina2. Matilahhh... Akak tunjuk beg clark dia nak. So akak belikan jahh

Balik rumah, packing barang sampai pukul 2pagi.

Esoknya akak nak pitammm. pinggang rasa nak tercabut yaaa. So raya ke 2 akak rehat2 dirumah sahajorkkk. Makan pun lauk raya pertama.

Last skali, gambar Afiq and Mohd Rafi. Dia pi beli juice sempat lagi berphotoshoot. Patutlah lama akak tunggu.

Sekian, raya akak.

2 comments:

Cd owner said...

Wahai perantau-perantau di kota....pulanglah ke desa berhari rayaaaaa. lagu favourite ko time kat surrey.

feeza_nwa said...

Beb...Selamat Hari Raya..
Mintak maaf banyak2 and halalkan makan minum aku selama kita berkawan..
Balik sini nanti transit kl lama tak? kalau lama, boleh jumpa..
Apa2 pun, take care..bye

iklan