Thursday, December 13, 2012

Pregnancy dan keguguran.

Nope. Akak tak pregnant even though I'm already 20 days late and UPT line still negative.

Tapiiiiiiiii....

Laki akak dok cakap2..

'Yang, perut u ni dah buncit la.. ntah2 u pregnant...'

Pastu bila duduk2...

'Yang, ntah2 u pregnant tapi tak bgtau i....'

Apa motippp pulak akak pregnant x nak bgtau dia. Sah2 la akak akan bgtau dia suruh dia bertanggung jawab... Matila kan boleh cuti buat kerja rumah bagai..

Selingan cerita, Gambar Pahat sedang pomen lori. Pakai tuala je baru lepas mandi.


Sambungan cerita:

Pastu kang tetiba,

'Yang, nanti adik Pahat namakan F****'
'Kalau pompuan nak namakan apa eh?'

Aiyoooo....akak pitammmm mcm ni!!!

Dulu konon x nak bg Pahat adik lagi. Skrg dia pulak yang over tau.

Akak nan hado pon morning sickness ke apa.. Time Pahat dulu pon xde. Ade la sikit lite2 sahajork.
Akak ada la rasa loya lite2 tapi it could be false alarm kan... who knows? Nak period pon bg signal yg sama jugak.

Pahat mcm biasa, suka sgt dok meleset kat orang. Dah mcm kembar siam pon ada.

Suka menyibuk time emak buat kerja. Kalau aku kopek bawang dia sibuk dok sebelah main bawang. Kalau basuh pinggan dia amek pinggan cawan dah basuh masuk dalam sinki. Hangin aku!

**********************************

Ha...cerita keguguran juga bukan cerita akak. Tapi ni ada sorang budak ni buat confession kat akak ni ha.. Kita namakan dia A.

Umur dia 22 ye.

Dia kata, anak yg ex GF dia kandung skrg adelah anak dia. ok. Ex GF dia ni kita namakan B.

Ex GF dia ni dah kawen dengan navy dan stay kat Sabah. So skrg ni B ni pregnant 4 bulan.

Pastu dia cerita lagi yang B ni kena kawen paksa dgn si Navy nih.

So ceritanya, B ni ajak dia pegi hotel and bersenggama**wah ayat aku. Heloooo jantan mana nak tolak kann org ajak. Harus lah pegi jek.

Reasonnnya sebab dia cintakan A, so dia nk A jd org pertama sentuh dia before laki dia yang Navy tu. **apa ke bangang punya alasan??

Tup...tup B ni pregnant.... Sebab gelabah ayam punya pasal. Takut mak bapak dia tau. Dia pegi gugurkan kandungan tu kat klinik. **ni kalau aku dpt tau klinik mana memang aku report polis.

Biasala uolllsss...benda haram kan sedap kan???kan?? So, dua ekor yang bangang ni pegi lagi bersenggama.

Lepas tu?? Si B ni pregnant lagi... Lepas 3 bulan baru dia sedar yang dia pregnant. Masa tu scan baby dah nampak. Jantung semua dah ada.

A kata jangan gugurkan. Tapi si B ni degil nak gugurkan jugak sbb dia lagi berapa bulan je nak kawen.

Macam bangang lagi sekali, diorang main lagi dan mengandung lagi... **ko rasa bangang tak budak dua ekor ni??..

Tapi gugur sendiri sebab si B ni terjatuh. Tak tau la jatuhkan diri sendiri ke hapa.

Kesimpulan cerita ini adelah aku maki budak yang cerita kat aku tu.

Bolehhhh???

Apa ke bangang sangat tak reti pakai kondom??

Pastu yang pompuan tak reti nak beli pil perancang???

Hellooo...akak bukan nak galakkan diorang berzina hokeh. Dont get me wrong!! Tapi berapa banyak dosa lagi dia nak buat dengan gugurkan anak??

This is why sex education at school is important!! Sebab masing2 tau nak sedap je. Tapi tak reti apa tu protection sex. Tak tau apa jadi bila diorg having sex. Bila waktu subur. And so on.

Seingat akak, paling2 kat sekolah dulu cuma ajar apa jadi kalau period, cemana nak pakai pad semua tu je.

Itu pon belajar sains ada la belajar pembiakan manusia tu.

Tapi, harus di ingat uollss... remaja2 ni belajar benda2 macam ni dari banyak channel. Media(metro yang hari2 citer pasal rogol), TV- channel omputeh, tak payah instanbul aku dtg pon banyak scene peluk2. Internet. buku.

Semua senang dapat skrg. Tapi adekah medium2 tu menceritakan tentang protection ketika bersenggama? tentang ovulation, tentang pil perancang??

Takde ye... diorg cerita hanya lah part sedap tu je...

It's about time la kat sekolah perlu ada sex education. Bukan untuk ajar diorg sex. Tapi ajar diorang apa akan jadi kalau diorang having sex. Tentang protection. Tentang masa depan segala. Tentang AIDS yang semakin hari semakin ramai pesakitnya di Malaysia.

Akhir sekali aku maki budak tu suruh dia insaf. Then beli kondom simpan dalam wallet.

Kalau aku jumpa dua2 ekor ni sah2 aku hantukkan kepala masing2 kat dinding.

3 comments:

DeLancrettLurpak said...

Ko kalau nak hantukkan diorg, ajak aku sekali.. aku bawak steamroll, aku gelekkan sahajo lepas ko hantuk.. selesai satu gejala sosial

sesedap rasa nak steamroll kan org khennn

monstorious wife said...

kannn??

Encik Ayie Yang Garang said...

saya menyokong akak monster tanpa berbelah bagi.. tapi kalau bagi kondom mmg ari2 la mereka bersenggama. mari kita senggang kan mereka dalam periuk!

iklan