Thursday, April 5, 2012

Gigih laki mak!

Sebenarnyakann akak ado nak upload gambar tapi akak malas nak bukak laptop transfer gambar from camera pinjam akak nih.. Kaedahnya CD owner bagi pinjam camera tapi nan hado bagi transfer cable howwww??? Ikhlas tak uolllsss?? **matilah.

Ujung minggu ni kan akak nak pegi Cameron pertama kali seumur hidup uollss. Dah tu laki akak kecoh gila repair kereta.

Malam isnin tu dia tido lewat repair motor orang. Pastu tetiba bangun awal pegi bukak engine kereta akak. Dia bukak compressor aircon ganti yang lama, sebab dia kata compressor baru tu tu aircon tak power katanya.
Compressor lama tuh rosak sikit ntah rosak hapa tapi aircon lebih power dari compressor recon tuh. Yela sebab tu compressor ori.

Dah pukul 8 tak siap2 lagik. Akak nak pegi kerja hokeh!. Last2 haku pegi lambat. Nasib baik akak tak kena punch in lagik sebab kad staff tak dapat lagik.

Malam tu dia balik keje, gigih pulak tukar belt dengan disk brake. **Pengsan akak!.

Dah tu, paginya dia bangun pagi2 tukar absorber pulak.. Eh, kaya pulak laki aku bulan nih kannn semua benda dia tukar.

Kalau ikut akak, koser akak nak tukar benda2 tu semua. Asal kereta boleh jalan sudah.

Tapi Mohd Rafi kata ' Nanti tersekat kat bukit tu baru u tau..'

Gituuuuuuu.... Eh, bang, kalau ada duit lebih lagi tu lebih baik UP sikit duit bulanan i ni haaa.. Boleh jugak beli Henpon canggih.

Eh, tapi aritu pegi jalan2 kat Alamanda, dia suruh akak tengok2 henpon Samsung galaxy Y tuh.
Dia kata 'u tengok2 lah ok ke tak'

Akak jawab, 'U yang nak pakai buat apa i tengok. Fiza guna henpon ni lah. I tau'

Pastu dia suruh akak tengok2 lagi. Tapi akak cakap nanti tengok kat Mines mana tau lagik murah.

Akak suspect Mohd Rafi nak belikan akak Henpon. **matilah perasann!

Tapi setelah dia tau akak dapat 2 kerja dengan gaji yang banyak terus dia tak berbunyi sampai sekarang.. Matila kena beli henpon canggih sendirik!

Setelah akak dapat 2 kerja inih, akak resign buat kueh kat Tadika sebab tak sempat uollss... Sebab 380bijik kaedahnya.

Kalau setakat cake atau bawah 100 biji tu boleh la lagik.

Matilah haku kalau boss tau aku buat 2 keje. Uolls doakan akak tak kena pecat sebab buat 2 keje ye uolllssss!!

Nanti akak kaya akak bagi lah giveaway cookies ke cake ke kat uollsss...

Bulan puasa akak plan nak amek unpaid leave sebulan buat kueh raya konsepnya. Clust kau belum apa2 dah feeling2 kueh raya kau laku dipasaran..

Hahaha...Bye Tipah! kitorang pegi cameron. Kau pegi balik Sening sambut Ariz.

4 comments:

ain ('',) said...

hakak,,, iols pon di cameron minggu ni, ada jodoh terjumpe la weols. bole gigit2 pahat ittew...

mrs zach said...

ni yg iols rs nk naik CH jugak ni.

Anonymous said...

Woi, laptop ko kan ada card reader. pakai sd card tu transfer la. takyah dah pakai2 cable ni.

monstorious wife said...

ain : nanti roger2 akak. Akak nan hado no hp uolss semua hilang bersama henpon.

Khairiah : jom uolllss, bawak umar bam bam

CD owner : malas bukak laptop blehhh?

iklan