Tuesday, September 6, 2011

Rumah masuk pencuri..

**Gambar takde kena mengena dengan jalan cerita.


Balik dari johor, akak tengok penyidai kain tu dah masuk ke longkang. Nasib bukan baju akak yang di sidai di situ. Baju Mohd Rafi. Merasa la kannnn?

Lagipon tugas akak bukan membasuh kain, tugas basuh kain+sidai kain kje Mohd Rafi. Keje akak lipat kain tapi dah berlonggok kat atas katil sebab sebelum raya busy buat kueh raya punya pasal kennnnn??

Sebenarnya kat penyidai kain tu ada battery kereta yang dah rosak Mohd Rafi buat sendal. Dah berapa kali apek 'kau kau kunci, kau kau cincang, paper lama! surat khabar lama!' tanya nak jual tak bateri tuh.

Aritu sekali semua orang dalam rumah dia masuk tetiba amek bateri tu okeh. Nasib baik adik ipar akak nampak lalu sergah apek tuh. Terus dia letak balik.

Jadi akak terus masuk dalam rumah check laci katil ada tak duit cash hasil jualan kueh yang akak simpan bawah katil. Matila kena marah dengan mohd Rafi sbb simpan duit ribu2 dalam rumah. Motippp tak masukkan dalam bank kannnn???

Tapi dalam rumah nan ado pon barang2 hilang. Barang motor kat luar pon nan ado hilang. Jadi hanyalah BATERI kereta yang hilang!!

Syukur Alhamdulillahhh....

So suspect utama pencuri bateri sendal penyidai kain mohd Rafi adelah apek 'kau kau kunci, kau kau cincang, paper lama! surat khabar lama!'

Rasainn kauu aritu apek tu tanya ko sibuk kata, tak nak jual! nak buat sendal penyidai kain!!

Merasa apek tu curik bateri kau....!

2 comments:

feeza_nwa said...

gilerlah...nasib baik syukur alhamdulillah takder apa2 jadik kat dalam umah and kau satu family..haish..orang sekarang beb, asal ada benda boleh jual dapat duit jer, dia mesti nak rembat...battery pun batterylah..kunci pintu senantiasa and jangan simpan duit kat umah...take care..

Najib Sulaiman said...

serious gambar tu kelakar gila expression si pahat.. huhuhu

iklan