Wednesday, September 21, 2011

ini semua kau punya pasal Pahat!!

Aiyooo... selagi laptop aku rosak selagi tu la nan ado gambar di blog ini melainkan gambar curik..

Anak uollss dah berjalannn????

Anak akak nan adoooo! Berdiri sendiri pon nan ado.

EH, Lion dah berdiri sendiri tau. Lion baru 10 bulan.

Akak check2 buku check up Pahat semalam nak tgk next appointment berapa hb.
Tengok kat berat dia, eh, aritu 10 bulan 9.9kg rupanya.

Patutla macam nak pengsan aku mendokong dia sambil beli ikan kat kedai.

Perangai dia dah nak setahun nih ada 45 macam kadang2 nak pengsan akak layan. Kadang2 akak tak koser nak layan. Sudahhh!! emak banyak order nak buat... **matila...

Yang paling akak tak suka ialah dia suka sangat mengutip. SAMPAH. Mengutip je takpe, tapi package KUTIP dan MAKAN tu akak tak tahan. Aritu ntah serangga mana tersadai tepi dinding dia kutip makan, akak jolok mulut dia dah hancur binatang tu dikejekan.

Eh, dulu kan bila Pahat duduk dalam car seat orang mesti cakap:
'Baiknyaaaa Pahat duduk diam je dalam car seat..'

Sekarang, ya ampunnnnn....beristiqfar aku nak pegi carrefour yang 5 menet tu jah. Kalau pangku dia sibuk nak pegang stereng main hon lah, main signal, main wiper. Tak boleh duduk diam.

Kalau nak baca paper jangan depan dia. Habes dia koyak pastu dia gigit kunyah masuk dalam mulut.

Kat dapur abes bawang aku diteraburkan. Tak tenteram emak nak masak tau.

Gigi ado 6 batang tapi suka menggigit orang. Tempat favourite dia lutut aku ni ha. Ntah rasa manis ke hape.

Paling tension bila nak melipat kain. Aku lipat dia kembur, aku lipat dia kembur. Last2 emak longgok je kain dalam bakul.

Konsep Pahat, selagi emak tak tido selagi tu dia x nak tido. Merasa Emak pon tido sekali. Dah tu semua keje pon tak buat.

Orang cakap Pahat dah putih, dah tak hitam mcm apak dia time dia bayi dulu.

Makan pulak, akak nak bagi nasik tapi akak BS tu kata kasik la bubur yang kering sikit sbb dia bukannya reti mnguyah dan kurang minum air masak. Nanti berak sembelit melalak2 mcm kena pukul emak jugak yang tension kena bangun pukul 3 pagi.

Selalu lauk dia sayur akak blend siap2. Tapi ikan masak daily lah. Selalu ikan rebus je. Dah start seasoned jugak tp very lightly lah. Tapi dia ni suka menyibuk kalau orang makan. Nanti melalak2 kat bawah suh suapkan dia jugak.

Maka, sediakanla nasik putih sikit untuk dia..

Eh, panjang pulak entry Pahat. motippp??

Tadi pagi akak bakar choc peanut butter cake. Petang kang nak frosting pulak.. Byeeeeeee!!

2 comments:

Mrs Nageb said...

Lebeh kurang je bebudak ni.....suka mengemas....huhuhu...Mareesa dah jalan...so mak ngan ayah mareesa kene bekerja keras sikit.....kene monitor...huhuhu....wah,banyaklah kisah pahat kali ini.... :)

ummu aufa said...

hehe, ok la tu kak, pahat baru 11 bulan kan? aufa dah setahun 1 bulan tp tengah bertatih lg, tu pon 3,4 langkah terus malas,banyak merangkak jer..keciwa mama n baba die duk mnjerit2 bg semangat suh jalan,haha=D

same kes la kan, rasenye gitu gak aufa, takleh tengok mama die wat keje msti jeles,dh tak lipat kain depan die dh,konpem kain tak jd.sempat lipat mse die tido jh.dh la tido kejap2..result:kain bergunung,hihi.

iklan