Tuesday, March 3, 2015

Pahat sekolah.

Pahat dah 5 tahun. Sebenarnya nk tunggu balik uk sbb tu malas nak register dia sekolah.

TAPI...hakikatnya akak tunggu mara x kunjung tiba. Dari January ke febuary ke march ni. Pahat dah banyak ketinggalan dari kawan2 dia yang lain. So akak decided akak masukkan dia sekolah.

Iaitu Tadika Al amin. Tadika islamic. Sebab akak ada baby x sempat nak ajar dia iqra'. So biar dia masuk tadika tu belajar kat situ.

Masa 1st day dia masuk nangis2, sebab malam nya tido pukul 11 lepas tu sekolah start pukul 7.30. Rasakannn dia!. Selalu boleh la kau bangun pukul 9 10 pagi kennnn.

Yang baby pon akak kena hangkut sekali pi hantar Pahat. Jd baby pon kena paksa bangun pkl 7 pagi.

Lepas tu balik tidokan baby balik. Baby tido emak masak lunch. Pkl 11 dh siap masak.

Arini dah ok. Pahat gembira je pegi sekolah. Cuma bangun pagi tu ada drama la kann. Semalam lupa bawak botol air, ustazah bg dia botol mineral. Lepas tu terus pi giant beli botol. Tapi terbesar x muat masok poket beg. Kau tunggu apak kau balik kang beli botol kecik.

Esok 4 march, Farha dah 4 bulan uolssss!! Dah kurang meragam alhamdulillah. Untuk pertama kalinya semalam selepas lahirkan Farha akak dpt tido siang 1 jam!! Oh Heaven gila nokkkss. Kalau tak mata kau dh mcm panda kat zoo negara kennnnnn..

And Farha dh pandai menyembur2. automatic rambut akak berguguran. Akak kena potong rambut weekend nih.

Ok. tu je update untuk sesapa yg tya akak transfer dah settle kebelum. Sekiannnnn

1 comment:

nurbijen said...

Owh, ada kat M'sia ke?
Insya Allah, semoga urusan datang semula ke UK dipermudahkan....

Sebenarnya saya dah buat entry pasal lesen UK.. boleh rujuk entry ni...
http://ceritadanishdanumi.blogspot.co.uk/2014/11/lesen-memandu-di-uk-part-i.html

iklan