Tadi pagi akak terbangun pukul 5.39 okeh... sempat minum air jah sahur..
Tadi pagi jugak Pahat jatuhkan balang berisi almond london togel(belum celup coklat) satu tupperware besar dalam 10 balang punya adunan. Lalu pecah almond2 dalam tuh. Nanges emak sebentar. Lalu emak marah Pahat dan dia buat muka bodo je...
Malas nak citer , tengok gambar je boleh??
Hari isnin pegi opis emak. BS cuti. Tangan sebelah dok tarik cable usb printer... Ampunnn tobat aku nak bawak budak nih lagi... tak reti duduk diam dalam opis.
Feeling2 gedik dengan ayah. Koser emak tengok. Yang tgh berjalan tu adik Mohd Rafi akak asistant akak.
Ni waktu jalan2 dgn MIL and adik ipar kat Pantai putrajaya tuh. Pahat first time jumpa rumput lalu emak dudukkan dia kat situ. Lalu pahat menjadi kaku lalu memetik rumput2 disitu...
Yang ni emak sangat geram, motippp emak nak bukakkan baju dia sibuk nak merangkak la, berdiri la... menggeletis sangatsss...Last2, aku biarr je baju tu atas kepala dia yang besar tuh. Tau pulak dia cabut sendiri.
Nak mandikan dalam bath tub memang seksa yee... Last2 aku mandi dirikan jah.. Pakaikan pampers sampai senget2 pampers tu aku kejekan sebab dia sibuk menggeletis.
Mulut diam. Tapi kaki tangan berjalan...
Apa nak jadi dengan anak Mohd Rafi nih???
Pahat dah start makan bubur tak blend, dah tak payah basuh blender hari2... Nasib baik aku tak beli blender philip yg steamer blend bagai tuh sebab guna 3 bulan jah.
So far aku kasik Brocoli cincang halus, kadang2 tofu, kadang KALAU rajin bakar ikan tenggiri. Tengok MOOD emak.
Tapi yang penting anak aku tu konsep DBKL. Makan apa saja. Adoooo anak kau mcm tu? Bagi bubur kosong pun habis semangkuk.
Satu benda yang dia tak suka ialah makanan sejuk. Ais ke ais krim ke tembikai ke atau apa2 makanan baru kuar peti sejuk. Merasa dia buat muka ketat.
Apak dia suka dengki bg ais krim nanti dia buat muka mcm makan benda masam nak mati.
Padahal emak time pregnantkan Pahat hari2 makan ais krim okeh. Merasa anak emak tak boleh makan ais krim puiler..!!
Padahal tajuk panjang2 kat atas tuh akhirnya aku citer pasal Pahat je kannnnnnn!!
Larikkkkk!







