Tuesday, January 4, 2011

Rejected!

1 ) Farhat dah start dihantar ke babysitter tapi rejecting minum susu botol. dari pagi akak hantar sampai ke petang tu dia tak nak susu botol langsung.

2 ) My supervisor rejected my Result Chapter. Haish..kena buat balik.

3 ) Ok.. busy. Bye.

Monday, January 3, 2011

Penyewa yang meyakitkan hati...

Ye uollss... akak saketla hati dengan penyewa rumah akak nih.
FYI, sewa bulan 12 dia nan ado bayar lagi okeh.
Macam2 alasan dia bagi bila akak mintak.

Awal bulan 12 alasan dia, anak saket. Husband balik lambat tak sempat masukkan.
minggu seterusnya, masukkan duit from maybank to cimb tapi nan ado masuk2 jugak setelah 2 minggu. Kepala hotak dia, akak try pagi tu, terus masuk je dalam akaun.
Nak tipu tak agak2..

Pastu cuti chrismas tuh sebab dia banyak sangat alasan, akak cakap akak nak amek cash. Akak datang rumah nan ado orang keluar sedangkan ada keter dengan moto kat dalam. Telefon banyak kali tak angkat.

Pastu akak message dia kalau by 2/1/11 tak bayar, sila keluar dari rumah tuh.

Pastu tau pulak dia reply kata henpon tertinggal rumah mak dia. Pastu yang kitorg datang tu dia tak perasan ada orang kat luar.

Tak rasa mcm nak tampar ke??

Pastu dia kata nak masukkan 1/1. Akak message dia tanya dah masukkan ke belom dia kata sedara mara dia datang sampai malam2 buat tak sempat nak masukkan..

Blehhhh alasan dia mcm tuh??

2/1 pulak, dia msg akak tengah hari pukul 1 kata dia on the way gi bank nak masukkan.

Sampai pukul 3 akak tunggu nan ado jugak.. Takkan dah 2 jam tak sampai2 lagi bank kaedahnya kann??

Pastu tetiba dia message kata belom gaji. Hangen akak kejap. Masalahnya bukannya sewa bulan 1 yang akak mintak.. Bulan 12 punya. Sepatutnya awal2 lagi dia dah sediakan duit nak bayar. Yang nak tunggu gaji bulan1 apehal pulak..

Dah la banyak sangat alasan tipu.

Akak bagi tempoh sampai hari selasa. Kalau takde jugak berambus kau dari rumah aku.

Thursday, December 30, 2010

alhamdulillah............

Syukur alhamdulillah majlis cukur jambul Pahat berjalan lancar.

Goodies bag tak bagi bunga telur pon sebab aku tau orang mesti buang punya. So, kitorg bagi jajan2, telur dan yang paling penting al mathurat. So orang takkan buang kan al mathurat tuh.

Lagi satu good news kontrak aku dapat disambung. alhamdulillah..

Pahat dah botak licin walaupon rambut dia ala2 segan2 nak tumbuh, mak bapak dia tetap cukur jambul dia.. Mak aku kata setakat rambut segitu kalau timbang pon tak gerak agaknya timbang tuh. So, aku anggarkan je lah dalam 0.5g gitu. Duit anggaran emas tuh nanti lah nak bagi kat orang mesken.

Rumah sewa semi D yang kitorg bakal duduk tuh dah dapat kunci. owner tuh siap cat baru rumah and bersihkan segala walaupon kitorg kata tak payah sebab kitorg boleh bersihkan sendiri tapi dia kesian tengok akak nih mengengdong budak kecik agaknya.

Kat kampung anak sedara akak panggil Pahat, 'Baby temok'
Keji tak????

Akak busy nak mati arinih.

Esok nak pindah rumah. jemput ramai2 tolong.

Penat. Nak tido.

Thursday, December 23, 2010

Kuat menyusu ke??

Bila orang jumpa Farhat mesti org cakap anak aku tak macam 2 bulan.

Pastu nanti tanya :

'Kuat menyusu ke?'

Howw nak jawab?? Akak takde benchmark nak comparekan kekerapan menyusu anak akak tuh. **Sorry la kan ayat pon dah ala2 thesis jugak.

Yela, anak akak sorang je, dan bukan akak pernah susukan anak orang lain. So akak nan ado tau. Pada akak normal jah sebab akak susukan dia 2 jam sekali.

Pastu dia x berapa nak sangat minum ebm thru botol la kan, kalau minum pon sikit 1oz atau 2oz je. Kadang2 kesian tengok dia kena tinggal kat rumah ketika ibu dia pegi keje. Minum susu pon siikit je.

Terpaksa la akak nih time lunch balik susukan dia.

Yang akak heran tuh, time nak cepat pegi opis walaupon senyap2 bangun bersiap bagai, time tu la dia bukak mata nak susu... Teruss jadi lambat. Kalau aku kena punch pukul 8am hari2 sah2 memanjang merah je attendance aku.

Monster Note : Sesiapa yang balik johor atau berada di johor di jemput ke majlis kenduri kesyukuran dan majlis cuku jambul Farhat.

Tuesday, December 21, 2010

Kegilaan minggu ini..

1. Tengah xde idea tulis proposal.

2. Contact aku expired next week and supervisor aku tak sign lagi surat yang aku dah draft and bagi kat dia. Pendaftar push aku suruh hantar cepat surat tu sebab kalau tak contract aku akan bermasalah.. Tapi masalahnya bukan aku yang sign surat tu kannnn???

3. Sibuk beli baju baru untuk pahat sbb baju NB and 1-3 bulan dah senteng. Gila beli rompers online..

4. Aku tengah fikir kalau contract aku tak dapat sambung apa aku nak buat... Tolong mak aku motong kelapa sawet boleh ke uollss??

Sape ade keje kosong meh kasik kat aku.

Memang sesuai sangat supervisor aku lambat2 sign.. sebab aku pon suka buat lambat2 keje dia bagi... RasainNNNNN!!!!

iklan