Friday, November 19, 2010

Budak takut mandi..

Entry exclusive berserta gambar bogel Farhat..!!

Matilah kau kalau ada orang google..!





Tak tau lah ape yang anak akak tuh takut sangat mandi..

So far cuma ada sehari dua jah yang time mandi dia tak nanges. Motifff takut air??? Padahal time pregnant akak rajin gila mandi sampai 5 kali sehari sebab rimas punya pasal.......

Eh..asik citer pasal anak je kann??

Akak nak join anak akak tido. Bye....

Thursday, November 18, 2010

Pam Mengepam..

Ini adelah hasil terbaik yang pernah akak dapat untuk sebelah breast sahaja. 5oz sekali pump. Sambil baca majalah PA&MA..... Kenapa ntah stress gila nak tunggu siap mengepam. Kepala dah teleng2 tengok air susu keluar laju ke tak.

Dapat 50z tu pon sebab pagi2 breast bengkak pastu leaking. Tapi sebelah je lah yang akak pump sebab sebelah lagi tak bengkak pon..

Sekarang nih WAJIB pump bila bangun pagi dan sebelum tido. Kalau tak leaking+bengkak. Dari kena demam bengkak susu lebih baik lah pump uollss..

so, pagi 4oz malam 4oz dapat lah 8oz sehari..

Tapiii............

Bila dah lebih 3 minggu kena buang. Merasa!! Semalam baru je buang 50oz susu sbb dah expired.

Dah start bagi Farhat guna botol 2 kali sehari. Training gituu...

tetiba malas pulak nak type lagi.. Bye!

Tuesday, November 16, 2010

Hari ke 40.. Berjalan2..

Tau tak semalam Farhat tuh tak nak tido.. Dia tido pukul 11 malam bangun pukul 7 pagi.

Pengsan tak kau jadi emak dia??

Pastu ari ni tido siang pon kejap2 je...

Arini weolls jalan2 pegi Putrajaya amek mykid.

Gambar terbaru Emak yang sungguh buruk tanpa memakai apa2 dimuka sebab anak dia dah merengek.....


Farhat dan pose 'Aku dah bersalah!!'
Matilah kau ada emak mcm nihh..

Yang terakhir sekali saya sertakan gambar seksi mendedahkan dada.

Dengan ucapan 'Apa tengok2??'... Dengan nada kerek.

Selamat Hari Raya Qurban.............!!!
Kami tak balik kampung tahun nih. Beraya kat sini je..

Monday, November 15, 2010

Susu botol..

Akhirnya botol susu bumble bee yang aku beli online sampai.

Terus basuh guna warm soapy water. Remdam dalam air panas. Keringkan.
Pump susu. Suruh mohd Rafi bagi kat Farhat.

Eh, lupa.. Guna puting MAM.

Ok. Dia nak. Cuma dia mcm tak reti hisap sangat meleleh2 keluar susu.

Itu tak kisah. Yang penting dia boleh terima puting tuh.

Sekarang nih dah nak 6 minggu. Waktu dia berjaga siang makin lama.. kesimpulannya dia tido siang dalam 2 3 jam sajork.

Mula2 risau. Tapi bila google baby sleeping pattern kat internet, itu adelah normal okeh.

Ini adelah update curik2 selepas mengedit recording+matlab. Farhat akak campak kat bapak dia.. Rasainnnnnnnn kaki dia pulak lenguh goyang2 si Farhat tuh nak kasik tido tapi Nan Adoooo!!

Serious lutut dengan bontot akak dah tak larat dah weh.

Friday, November 12, 2010

Sebulan check-up bersama ayah..

Hari ni sebenarnya Farhat dah 35 hari. Tapi baru pegi check up sebulan hari ni sbb klinik ptjy nih khas untuk bayi sebulan adelah hari jumaat.

Farhat ayah dia pegang sbb mak dia very busy kena amek air kencing lah, HB lah..

Berat Farhat : 4.6kg
Panjang : 58cm... Nurse cakap anak akak panjang uollss sbb kat progress dia tuh dia dah lompat satu line.

Berat emak dia : 51.5kg... berat before pregnant adelah 48kg... Hasil dari makan bertan-tan.. helllooo breastfeeding lapar tau..
Eh, akak suka okeh berat skrg nih. Tapi yang sedihnya tuh memang tinggal harapan nak muat jeans2 akak tuh.
Kemeja pon dah x muat harap maklum ketat kat dada.. Hahaha..

Lupa lak.. time cucuk tuh akak x tengok. Sebab akak kena pegi jumpa Doctor buncang pasal perangan keluarga gituu.. So, akak pass kat Mohd Rafi pegi hantar anak cucuk.

Mohd Rafi kata dia nanges kejap je. Harap2 tak demam lah yek..

Lupa lak.. Doc kata HB akak low.. Pengsan!! Memanjang low je kannn??
Blood pressure pun low.. 82/60... Sbb tak cukup tido kah???

Pastu, akak mintak perancang yang injek tuh theyolls kata nanti second child susah nak dapat.

So, skrg nih kena on pills jah chap Noriday tuh sbb period akak susah nak predict bila and akak breastfeeding..

Tapi akak pose2 nak inject jugak lah uollss... Howwww????

iklan