Sunday, June 21, 2009

Hari ahad memang sangap..

Apesal ari ahad malam citer semua sucks kecuali citer GHOST kat 8tv..

Yela... akak mesken x mampu nak pasang astro...

Tau x, kalau akak sakit2 nih, kalau call Mohd Rafi nanti dia suruh rehat2..baring2...

Motifff?? Kalau batuk2 sibuk2 baring2 sakit dada aku lama2..

Dari 3 jenis ubat batuk yang aku beli.. meh sini aku buat review ubat batukk..
Kau ado review ubat batuk...

1. Woods peppermint
Terlampau berangin. Kalau minum sampai perut2 berangin. Pastu nanti effect dia kejap je.. X baik pon batuk.

2. Ubat batul chap ibu dan anak
ni ok jugak. Aku suka minum bancuh dengan air suam. Lepas tu lega sikit. Manis sikit sbb dia ada madu dalam tu dan liquid dia pekat.

3. Breacol
Yang paling murah aku beli. RM4.80. Dan paling berkesan minum bila batuk. X manis sangat dan x berangin sangat.

So, ingatla yek, kalau uolls nak beli ubat batuk, sila beli Breacol..

FYI, ubat2 batuk tu semua x abes lagi. Tapi akak minum selang seli gituuu.. Konsep sangat kan?? kalau dah terdesak sangat x sempat nak amek sudu, akak main tonggak je minum direct dari botol.. Nasib la kannn..

I hate u lah.

hehe.. akak dah baik demam dan dah kaya 'sikit' semula......

tapi batuk nih x baik2 lagi.. dah 3 botol ubat batuk yang berlainan brand akak beli..

Benci tau.. Lepas ni akak nak jadi sami x makan durian dgn rambutan..

terpaksala membenci durian...

Saturday, June 20, 2009

DAh la mesken, demam pulak tuh..

Semalam akak batuk kokol... Bukan batuk Kojol... **kau jangan bukan2 mendoakan akak..

Arini akak demam panas + batuk x baik2 lagi..

Ini lepas telan penadol baik kejap. Lagi 2 3 jam nanti panas balik..

Dah miskin, pastu salah beli ubat batuk lak tuh.. Terbeli woods peppermint yang untuk cold and fever. Akak punya batuk, batuk berkahak. Dah la RM6.50 sebotol.

Arini terpaksa pegi kedai balik walaupon aku mcm separuh mati nak heret kaki ke kdai.. Beli Ubat Batuk Chap IBU DAN ANAK.. RM6.50 jugak..

Aku nanges sorang2 kat sini.. Dah la demam sorang2.. Nak mintak tolong orang bawak gi klinik pon xde.. Nak mintak tolong orang belikan makanan pon xde.... Last2 aku maka roti je la..

Akak batuk sampai breast sebelah kanan sakit. Susah nak bernafas. Rasainnnn sangat.. Adekah akak banyak wat dosa sebab tuh penyakit datang untuk hapuskan dosa2 akak di saat akak miskin tegar duit dalam wallet tinggal RM3 sajork??

Mohd Rafi kata nak bank in duit.. tapi masalahnya, sape yang nak pegi bank amek duet tu?? ha..cakap..cakap... Bank tu dah la jauh..

Xpela.. akak hanya mampu pasrah gitu..

Semoga akak cepat sembuh! Aminnnnn...

Friday, June 19, 2009

Jeng...Jeng..Jeng..!!

Akak happy arini uollls... sbb tadi akak gi kedai ada budak ngorat akak..

So, balik akak terus tukar layout template blog... Volllehhhh?? kau ado mcm tu??

Tapi kan... ada link2 uolls yang tertinggal.. Jangan kecik ati.. Nanti akak letak balik..

esok2 la akak edit uollls..malam ni akak penat..

Akak citer dgn Mohd Rafi ada orang ngorat akak.

Mohd Rafi kata.. 'Herannya...'

Akak tanya dia ' Heran apenya?'

'Budak tu tak reti beza ke bini orang dengan anak dara? kan boleh tengok..'

Akak tanya ' Cemana nak tengok?'

Dia jawab, ' Rahsia...'

KEJI SANGATLAH nak rahsia2 bagai.. Chantek ke nak rahsia2 dengan akak?? Gituuu tetiba emo..

Akak tau maksud dia, mesti nak cakap akak x chantek x layak di-ngorati... Sentap sangat lah!!

sometimes, we are just so lucky..

Akak kan sekarang suka baca ruangan Pakar sakit Puan dalam Harian METRO.. Pastu, terbaca yang nih...

Akak copy paste yek..

SAYA berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dengan usia perkahwinan mencecah lebih setahun. Sejak lahir hingga kini, saya memang tidak didatangi haid.
Saya sudah membuat pemeriksaan doktor pakar yang mendapati saya tidak mempunyai rahim manakala laluan persetubuhan juga tiada. Saya amat sedih dan tertekan apabila memikirkan keadaan saya ini. Sebelum berkahwin lagi, suami saya tahu mengenai hal ini kerana dia selalu mengikut dan menghantar saya ke hospital. Dia mengatakan dapat menerima saya seadanya. Tetapi kini, saya rasa bersalah pada suami kerana tidak dapat menjadi normal seperti wanita lain. Doktor ada menyarankan saya menjalani pembedahan untuk membuat lubang rahim supaya saya dan suami dapat bersama dengan sempurna.
Tapi suami berpendapat, buat masa ini tidak perlu kerana dia merasa puas apabila bersama dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya kurang yakin keadaan ini akan berpanjangan.
Adakah saya perlu melakukan pembedahan terbabit? Adakah pembedahan itu akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap diri saya? Apakah pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Saya juga ingin tahu kos yang perlu disediakan untuk melakukan pembedahan berkenaan.


JAWAPAN DOCTOR :

ANDA mengalami suatu keadaan yang dinamakan agenesis mullerian atau sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser, sejenis keabnormalan kongenital dalam pembentukan sistem mullerian yang berlaku satu dalam setiap 4,000 hingga 5,000 perempuan. Dalam istilah perubatan yang dipermudahkan, sepasang duktus mullerian di kanan dan kiri badan janin sepatutnya bercantum di tengah-tengah untuk membentuk sepasang tiub falopio, rahim dan dua pertiga bahagian faraj. Bagi diri anda, percantuman ini tidak berlaku kerana anda ketiadaan duktus mullerian.
Namun, anda masih mempunyai sepasang ovari memandangkan asal usul ovari bukanlah daripada duktus mullerian. Anda juga mempunyai kromosom normal seorang perempuan iaitu 46XX. Dengan kehadiran ovari yang berfungsi, anda masih boleh mengeluarkan telur (ovulasi) dan hormon kewanitaan estrogen serta progesteron daripada kedua-dua ovari. Anda juga mempunyai ciri fizikal dan emosi seorang perempuan sehinggalah ovari berhenti berfungsi kelak dan anda mencapai menopaus.
Memandangkan anda tidak mempunyai rahim, anda tidak berupaya hamil. Namun, seseorang yang mengalami agenesis mullerian masih boleh mempunyai bayi yang mewarisi genetiknya (daripada telur ovarinya) dan suaminya (spermanya) jika menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) ibu tumpang, ini tidak dibenarkan dalam Islam. Doktor anda pasti sudah menerangkan keadaan ini.

Komen akak : Akak rasa kesian uolllss dengan wanita tersebut. Seteruk2 kita pon masih ada harapan nak pregnant. Boleh lagi ikhtiarkan cara untuk pregnant. Kalau mcm dia tu, rahim untuk pregnant pon xde. Xde langsung peluang nak pregnant.

Insaf terus akak tau..

iklan