HUJAN lebat yang melanda ibu kota Kuala Lumpur kelmarin tidak menjadi penghalang kepada ribuan peminat K-Pop untuk berhibur ketika ‘showcase’ kumpulan popular dari Korea berlangsung di Wisma MCA.
Empat anak muda - Jo Kwon, Changmin, Seolong dan Jinwoon - yang menggelar kumpulan mereka sebagai 2AM itu bukan saja diminati di negara kelahiran mereka, tetapi turut terkenal di seluruh Asia.
Ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di Malaysia, malah julung kali membuat persembahan untuk peminat yang sudah lama menantikan kehadiran mereka di tanah air.
Disebabkan permintaan ting�gi, DiGi Telecommunications dan Universal Music memenuhi impian peminat 2AM di Malaysia.
2AM sangat teruja bersua muka dan menghiburkan peminat mereka di sini. Kumpulan ini tidak menyangka mereka mendapat sambutan yang ha�ngat dari peminat di Malaysia. Mereka sangat terharu dengan sokongan yang diberikan peminat mereka di sini.
Setiap kali 2AM berada di atas pentas sama ada menya�nyi atau beramah mesra dengan peminat, dewan itu pasti akan digegarkan dengan sorakan dan jeritan tanda sokongan mereka terhadap kumpulan ini.
Kunjungan mereka ke Malaysia bukan hanya menghiburkan peminat mereka di sini, tetapi juga untuk mempromosikan album terbaru mereka iaitu Saint O’ Clock.
Bernaung di bawah syarikat rakaman JYP Entertainment, mereka memilih untuk menyanyikan lagu bergenre balada kerana ia sesuai dengan vokal mereka.
“Berlainan dengan 2PM, kami membawa genre lagu yang berlainan dari mereka kerana apabila kami menyanyikan sesebuah lagu yang berentak balada, ia harmoni dengan vokal kami. Kami lebih me�ngutamakan vokal berbanding tarian,” kata Changmin ketika sidang media di Hotel Hilton.
Menyanyikan lagu Never Let You Go sebagai lagu pembuka tirai, peminat yang rata-rata dari golongan wanita itu menyanyi bersama-sama dengan mereka walaupun lagu yang didendangkan itu dalam bahasa Korea.
Selain membuat persem�bahan, peminat yang bertuah juga turut mendapat peluang berada di atas pentas untuk berinteraksi dengan kumpulan itu menerusi ‘games’ yang sudah diaturkan pihak pengurusan.
Ada antara mereka tidak dapat menahan air mata apabila dihadiahkan pelukan oleh setiap seorang dari ahli kumpulan 2AM.
Vokal empat anak muda itu nyata mampu membuat bulu roma meremang apabila mereka menyanyikan lagu terakhir mereka berjudul This Song tanpa iringan muzik.
Peminat tidak lupa untuk membuat kejutan untuk tiga orang ahli 2AM yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan ini.
Sebelum menyanyikan lagu terakhir, empat orang peminat bertuah naik ke atas pentas untuk memberikan hadiah dan membawa kek hari jadi berbentuk menara berkembar Kuala Lumpur untuk Changmin, Seolong dan Jinwoon.
Mereka yang terkenal dengan lagu I Can’t Let You Go Even If I Die menyanyikan enam lagu untuk menghiburkan peminat yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli tiket showcase semata-mata untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka.
Fenomena K-Pop yang melanda ini menawan ramai penggemar muzik di Malaysia. Walaupun tidak memahami lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan itu, tetapi melodi yang mendayu-dayu berjaya menarik peminat yang hadir untuk melambai-lambaikan ‘banner’ yang dibuat sendiri.
Ketika sidang media, Jo Kwon berkata sokongan peminat di Malaysia sangat dihargai dan ia menjadi semangat untuk terus berusaha menjadi lebih baik.
ha nampak???? Yang aku merahkan dan BOLD tuh??
Aku rasa dah fucking many times the MC said 'THIS IS THEIR SECOND TIMES IN MALAYSIA'
Apa penulis ni buat masa MC tu cakap? Not once, not only at the beginning of the show. at the middle of the show pon MC tu ada cakap. This is thier second times inmalaysia.. bla...bla...
Adekah kau tido maca nih??
Secondly,
Hell.... 2am nyanyi This Song with music. Mana letak telinga masa tu?
Third,
This ticket is free damn it! We dont pay hundred to see their show. We only need to be DIGI customer.
Bayangkan eh, penulis yang pegi konsert pon boleh buat kesalahan macam nih. Buat research ke tak buat research.
Kalau article lain tak tau lah berapa banyak diorg merapu agaknya.

