Thursday, May 19, 2011

Pahat ketika masih tembam.

Gambar masa dinner final year student jbtn aku.

Masa ni Pahat tembam. Emak pon tembam.

Eh, pahat dah kurus tapi Pahat dah putih tau.....

Syukurrrrr tak itam mcm bapak dia... Larikkkkk!!!

Bye. Nak buat kek.

Penyewa yang menyakitkan hati.

Akak geram gila uolls dengan penyewa rumah akak kat johor nun.

Okeh. Dia keje IOI corp. Akak rasa tu company besar. Adelah mustahil IOI kasik gaji lambat sampai seminggu.

Ok fine. Akak pon cakap seminggu takpe lah bayar lambat.

After seminggu. Eh, senyap jek. Akak mintak dia kata nanti dia pi bank. Alasan dia anak dia sakit. FYI, memanjang kalau dia lewat bayar sewa tu lah dia alasan. Anak sakit.

Anak aku pon sakit jugak bulan ni. Tapi sewa rumah hari tu dapat gaji hari tu jugak aku bayar.

Pastu, dia sms akak. Dia kata dia dah suruh laki dia masukkan. Tapi sampai kesudah akak check bank akak nan ado.

OK. Fine. Akak suruh dia fax slip bank. Mcm2 alasan pulak dia bagi. Laki dia kata hilang la apa la...

Pastu dah minggu ke 3 lewat ni. Sabtu lepas beriya dia sms akak bg no seq and atm bagai bagitau dah masukkan RM500.

Tapi harammmmm sangat bila akak check bank nan ado. Hellooooo akak guna cimbclicks check online jah dah tau masuk ke tak.

Ok. Fine akak tunggu sampai isnin pon nan ado jugak masuk.

Tak logik sangat guna deposit machine sampai seminggu tak masuk2 lagi dalam account.

Akak call cimb customer service. Dia kata impossible tak masuk2 lagi.

Akak mintak slip bank suruh faxkan sampai ke hari ni tak fax.

Nampak sangat menipu.

Ko nak sangat menipu kannnnn???

Akhirnya, akak buat keputusan kalau arini kau tak bayar. Berambus kau dari rumah aku..

Logik la sikit kasik alasan. Alasan2 bodo tu yg akak menyampah nak dengar. Akak pon dok menyewa jugak. Duit pon cukup2 makan je tiap2 bulan sebab akak sorang je keje. Tak pernah lewat sehari pon akak bayar sewa. Tiap2 kali gaji, hari tu gaji, hari tu jugak akak bayar sewa.

Nih dah la laki bini keje. Anak pon sorang je. Pastu sewa pon murah je. Species apa ntah liat sangat nak bayar sewa rumah. Ni bukan kali pertama ok uollllsss.... dah 3 kali dah....

Lepas ni akak dah serik nak baik hati sangat. Lepas ni nak sewakan akak nak buat agreement. Pastu mintak deposit 2 bulan.

Dah tu kan uolllss... Kan register TNB rumah tu guna nama akak. So TNB selalu la dok sms kata ada bil tertunggak. Current bil dah RM130++ dah okeh.

Memang patut pon kan aku halau dari rumah tu????

Wednesday, May 18, 2011

Bertemu bayi2 comel 2

Semalam akak pegi Shah Alam hantar order kek. Thanks Iema!.

Pastu akak culik Kher ajak teman pegi hantar kek sbb akak dengan Pahat jah kaedahnya. Kang sesat sia2 je uolllsss...

Pastu akak pegi anta mac kat Ain mama Syami. Syami bam bam okeh. Kalau dukung dia rasa penuh je. Pahat jugak semua orang jumpa kata dah kurus... Siannn kau Pahat..

Sorry eh gambar ni Syami pejam pulak. Gambar lg satu akak pulak yang pejam.. Tu Pahat tu memang menggeletis tak boleh duduk diam.

Kat umah Madam kher sibuk dok sondol2 orang.. Thanks Kher belanja A&W and bg tompang rumah kejap. Nanti lain kali iols datang lagi... Matilaaaa!!!

Maklum la... laki iols kan keje sabtu ahad dan cuti umum. So terpaksa la akak berdikari berjalan2 seorang diri. Aritu offer petpet kat carefour dengan gigihnya aku pegi beli feeling2 letak pahat dalam stroler sambil jinjing pampers 2 pack. Last2 Pahat mengamok dalam tuh. Pampers letak dalam stroler, pahat aku dukung sebelah. Sorong stroller sebelah.

So balik dari SA, akak paksa Pahat tido sebab ujan kaedahnya akak pon nak tido jugak... Hahaha...


Baik tak Pahat tengok TV? Tengah tengok Music Bank. KBSW. Nanti dah besar jadik Lee seunggi atau Gigwang tau???

***matila emak dah addicted dengan Gigwang pulak sekarang..



Ni version kek yang sama mcm entry sebelum nih. Choc Moist cake with creamcheese and chocolate in every layer. Ada 3 layer. Kek ni sangat berat. I guess almost 3kg kot. 9'. Price RM70.
Kek ni mahal sket sebab cream cheese yang akak guna untuk salut kek ni almost the same amount with cheese cake.
Sedap. Tak tipu. Larikkkkkkk!!

Thursday, May 12, 2011

Khas untuk Tontonan Ciktari

Chocolate cake junior mastechef inspired. Kek tu choc moist cake frosting dalam cream cheese. Kat atas choc ganache.

Kek Donna Hay tu guna soda bikarbonat, carik2 tak jumpa kat umah, last2 guna lah resepi sendiri.

Kek dah selamat aku bawak pegi rumah Filla feeling2 sambut hari ibu. Tapi frosting cream cheese kat dalam tu sikit sgt pulak letak padahal banyak je lebih.

Kek ni 9 inci dan tebal..

Esok akak nak try buat cupcake banana split ala DC cupcake tu pulak. Mcm sedap je aku tgk.

Wednesday, May 11, 2011

Cemana ibu nak solat nih???

Cemana nak solat nih kalau Pahat dok kat bawah kaki akak mcm nih?

Ni rupa sebelum semayang, tengah2 sujud tuh kang dia boleh masuk celah kaki aku.

Boleh imagine tak cemana aku nak bangun?? Tak ke jadinya Pahat kangkang???

Kadang2 tengah semayang dia dok tarik sejadah tu, lama2 dia baring depan sejadah. Cemana nak sujud kaedahnya. Terpaksa la akak sujud sipi2 kat tepi tuh uolllsss..

Semalam aku tinggalkan kat depan sorang2 kejap dia dok makan Door Stoper pintu. Bukan makan je, siap isap2 lagi. Menjerit aku terus basuh mulut dia...

Cemana la keadaan orang yang husband dok jauh tuh. Pengsan... Memang terer korang jaga anak.

iklan