Friday, March 25, 2011

Sticky post : Siapa nak beli kapersky Anti virus?


Nih, siapa nak beli KAPERSKY INTERNET SECURITY 2011 complete protection dengan akak.

Sebabnya ialah akak beli 3 user punya dan akak guna 1 user sajork..

So ada 2 user lagi available.

Price per user RM50. If you buy for 1 user kat tempat lain adelah RM99.

Internet Security nih complete protectiopn including anti virus sekali.

Ada Parental Control. So siapa2 nak bukak website lucah memang dia block kalau korang setting parental control. Tapi kalau tak nak tak payah la ON parental control tuh.

Valid for 1 year suscribtion.

Baca ni:

Here are some key features of KIS 2011:

# Improved real-time proactive protection against all internet threats

# New safe surf feature for unparalled online security

# Protection for your digital identity at all times

# Feature-rich and effective Parental Control

# Application Control prevents dangerous software from harming your system

# System watcher technology

# Unique safe run mode for apps and websites

# Use installation CD as bootable rescue disk

# Easy-access desktop gadget

You can download the 30-day trial version of Kaspersky Internet Security 2011 and Antivirus 2011 using below mentioned links.

Download Kaspersky Internet Security 2011

Download Kaspersky Antivirus 2011



Siapa nak sila email akak kat:

ilotshikamaru@gmail.com


Nanti download dulu kapersky anti virus tu seperti link di atas, nanti akak akan sms korang activation key.

Dah siap activate baru korang bayar kat akak menandakan akak tak tipu kaedahnya.


SOLD!!

Thursday, March 24, 2011

Menyesal kemudian tiada gunanya..

Akak fikir2 rasa mcm menyesal pulak introduce solid kat Pahat before 6 month. 5 bulan 2 minggu to be exact.

Padahal kalau tunggu 2 minggu lagi genap la exclusive BF. So ni dah tak exclusive lah. Keji..

Tapi Pahat tak nak susu botol. Semalam dia minum 1 botol 3 oz sajork.

Itupon BS kena picit2 masuk mulut dia sampai abes. Ado dia nak isap susu sendiri? nan ado...

Dia dok gigit2 pastu keluarkan teat tuh okeh.

Sebelum dia batuk2+selsema aritu elok je dia minum through botol. 4oz sekali minum 4 botol sehari.

Sekarang nih petang2 akak dah tak pump sangat lah. Sebab balik nanti kasik direct kat Pahat sejam sekali.

Arini akak kasik Pahat puree sahaja. Rebus pear+epal+keledek satu periuk. Malas haku nak asing2 rebus. Pastu lenyek sbb keledek tu ada urat2 dia tuh kang tercekik makan. Pastu blender dan simpan dalam fridge untuk stok 3 hari.

Pahat bakal makan puree sahaja sampai dia 6 bulan.

Pastu barula akak kasik bubur.

-Tension-

p/s : keter akak tangki air pecah, tapi akak tengah mesken, akak bawak sajork keter tuh, harap2 dia tak berasap ditengah jalan kaedahnya... Aminnnnn....

Wednesday, March 23, 2011

Ni bukan anak i...

Ni bukan gambar anak akak uollsss... Ni anak adik akak Tipot Ompong... boleh gitu??

Comel kan Lion??

Ini bukan adik beradik dia tapi sepupu dia jah. Yang kiri sekali tu Zakir cucu Acik Maah yang paling terejal.. Pengsan anak2 orang semua dia kejekan kalau balik kampung.

Gambor censored. Boleh gitu? Dulu pusat Lion tuh terjojol mcm antena. Nih dah kurang sikit. Tapi tetap sensitif mcm omak dia.
Lion pon bam bam jugak. Masa kecik mcm muka emak dia. Ni dah muka apak dia pulak.
Emak dia skrg dah keje, dok pump susu pegi buuang.. Kau mampu pump susu dan buang?? Tak sempat nak basuh pump katanya kat kilang... Blehhh??

Yang muka mcm sin chan nih adelah anak akak. Sekian.

Tuesday, March 22, 2011

Mulut terkatup rapat

Tadi pagi sebab keter rosak, sementara tunggu penyelamat, akak masak la bubur Pahat.

Bubur nasi + epal, pastu lenyek guna tapis.

Campur EBM sikit...

Mohd Rafi pegang Pahat. Akak tukang suap.

Ado dia nak makan????

Jangankan telan, bukak mulut pon tidak ye.. Dia mcm tak reti makan je lah..

Pastu dia keluarkann balik..

Ba-bap kanggg!

cerita malang hari ini..

Tadi malam kaedahnya belt kereta akak putus.

Tapi takpe lah, akak cakap dengan husband akak, Moto ada, dia boleh hantar akak naik moto.

Hantar Pahat ke rumah BS pon naik moto sebab dekat je...

Sekali je pagi ni ujan tak nak berenti daaaa... Akak boleh je redah ujan naik moto pegi keje.

Abes tu takkan nak bawak Pahat redah ujan sekali kaedahnya kannnn???

Tengah tunggu la ni kot2 ujan berenti ke.. Arini ada Lab tak boleh nak cuti ye kaedahnya..

Pastu pagi tadi masuk bilik air, tergelincir pulak dalam toilet. Nasib baik aku tak pregnant weh.

iklan