Wednesday, March 23, 2011

Ni bukan anak i...

Ni bukan gambar anak akak uollsss... Ni anak adik akak Tipot Ompong... boleh gitu??

Comel kan Lion??

Ini bukan adik beradik dia tapi sepupu dia jah. Yang kiri sekali tu Zakir cucu Acik Maah yang paling terejal.. Pengsan anak2 orang semua dia kejekan kalau balik kampung.

Gambor censored. Boleh gitu? Dulu pusat Lion tuh terjojol mcm antena. Nih dah kurang sikit. Tapi tetap sensitif mcm omak dia.
Lion pon bam bam jugak. Masa kecik mcm muka emak dia. Ni dah muka apak dia pulak.
Emak dia skrg dah keje, dok pump susu pegi buuang.. Kau mampu pump susu dan buang?? Tak sempat nak basuh pump katanya kat kilang... Blehhh??

Yang muka mcm sin chan nih adelah anak akak. Sekian.

Tuesday, March 22, 2011

Mulut terkatup rapat

Tadi pagi sebab keter rosak, sementara tunggu penyelamat, akak masak la bubur Pahat.

Bubur nasi + epal, pastu lenyek guna tapis.

Campur EBM sikit...

Mohd Rafi pegang Pahat. Akak tukang suap.

Ado dia nak makan????

Jangankan telan, bukak mulut pon tidak ye.. Dia mcm tak reti makan je lah..

Pastu dia keluarkann balik..

Ba-bap kanggg!

cerita malang hari ini..

Tadi malam kaedahnya belt kereta akak putus.

Tapi takpe lah, akak cakap dengan husband akak, Moto ada, dia boleh hantar akak naik moto.

Hantar Pahat ke rumah BS pon naik moto sebab dekat je...

Sekali je pagi ni ujan tak nak berenti daaaa... Akak boleh je redah ujan naik moto pegi keje.

Abes tu takkan nak bawak Pahat redah ujan sekali kaedahnya kannnn???

Tengah tunggu la ni kot2 ujan berenti ke.. Arini ada Lab tak boleh nak cuti ye kaedahnya..

Pastu pagi tadi masuk bilik air, tergelincir pulak dalam toilet. Nasib baik aku tak pregnant weh.

Monday, March 21, 2011

Pahat dan makan..

Pahat sekarang kurang minum susu.

Pastu bila bangun tido meraung2 mcm kena pukul siap mengalir air mata bagai..

So, arini hantar kat Baby sitter, akak tu kata dia tido 15 minit je. Pastu minum susu sikit. Itu pon kena guna syringe. selebihnya dia menjerit2.

So, akak tu mintak aku belikan nestum. Aku cakap nak tunggu 6 bulan. Akak BS kata try je lah bagi takut dia lapar sebab tu dia menjerit2..

Aishh... aku kalau boleh nak tunggu 6 bulan. Lagi 2 minggu je tau.

Jadi, balik rumah, instead of BS yang bagi makan dulu, lebih baik aku yang bagi betul tak konsep akak nih uollss??

So, akak bancuhla nestum dgn EBM sket+ air panas sket. Buat cair2 je..

Pastu sua kat mulut dia. Ado dia nak bukak mulut?? Nan ado okeh..! Mulutnya katup rapat bila akak nak suakan nestum.
Tapi akak sumbat kat mulut dia jugak. Dia keluarkan balik okeh.

So howwwww????

Akak rasa dia tak ready lagi lah nak makan solid kott...

Tapi akak ado jugak beli epal, pose2 nak jadikan puree. Tengok lah nanti cemana.

Adekah production susu akan terjejas sekiranya period??

Jawapannya ialah Tidak.

Sebab akak dah 3 kali period okeh lepas pantang. Apsal ntah cepat sangat datang period.. Baru feeling2 tak period 6 bulan mcm org lain.

Sepanjang period, production susu tak terjejas pon. Dapat je mcm biasa. Asalkan makan and minum secukupnya susu takkan kurang kot..

Lagi satu, last week aku pose2 puasa, time pump susu, alahaiii sedihnya, sehari dapat 10oz jah.

Tengah fikir2 cemana aku nak menempuh bulan puasa nanti nih??

Kalau orang arab, merasa tak puasa okeh alasan breastfeed kan anak.
Tapi tak koser la pulak aku nak menggantinya..

Ni pon nasib baik last year cuti puasa 3 hari je. Tu pon belom ganti uollss... korang dah ganti?

iklan