Monday, January 24, 2011

Exclusive Breastfeed kah???

Ha ah kan, akak terpikir pulak..
Akak kan fully BF si Pahat tuh. Tapi ado bagi ubat paracetamol yg nurse suruh kasik tuh. Ada bagi gripe water sesudu time dia kembong. Ada bagi air masak( ni ayah dia bagi sebab time dia jaga tuh Debab tak henti2 sedu.

So, dah tak kira exclusive la kan??

Xpe lah, macam aku kesah je. Asalkan dpt BF dia sampai 6 bulan dah ok.

So far tak pernah bagi FM lagi. Masih ada breastmilk lagi.

Stok EBM pon cukup2 makan untuk seminggu jah sbb memang tak buat banyak since Pahat bukan suka sangat minum EBM jadi kalau perah2 pon rugi je terbuang banyak2.

So, banyak direct BF je. Time Farhat tengah stim2 isap jari time malam2 tu akak sumbat jah direct. Biar dia minum banyak sket time malam since siang dia tak nak minum sangat.

Masalahnya ialah, sejak dia isap jari ni hobi dia ialah suka tido okeh.

Senang sangat stim2 feeling2 tido. Asal tinggalkan dia sorang2, dia boring, isap2 jari, tengok2 dah tido. Howww????

Sunday, January 23, 2011

Hasil photoshoot bersama bayi debab.

Tadaaaaa!! Hasil photoshoot ari khamis lepas..

Muka Pahat benyek mcm kentang lenyek. Sepanjang photoshoot Pahat di pegang oleh ayah dia. Sbb emak dia tak larat nak angkat lama2.

Konsepnya konon2 merah. Tapi tak jadi pulak konsep akak. Bolehhh??

Gambo akak ado 2 jah. Nanti puan Kher dah bagi cd baru akak upload banyak2.

Akak suka sekali gambar inih sebab akak kelihatan chantek disitu.. **matila sempat make up walaupon dah lambat...
Tak lah, akak suka yang ada effect air2 merecik tuh okeh.

Sesiapa yang berminat untuk amek gambo family package macam nih sila hubungi Puan Kher:

http://umyraepisode.blogspot.com/

Harga tanya dia okeh. Akak nan ado tau.

Friday, January 21, 2011

Bayi2 comel di rumah akak...

Ado kau ngaku bayi sendiri comel.. Takpela uolls kalau org rasa x comel asalkan bapak dia kata comel sudah.
Kat rumah akak ni ado anak adik akak yang baru abes pantang.
Sebab nama dia Rayyan kitorang panggi Lion.
Motipp tahun ni nama Rayyan adelah begitu popular??? Kat mana2 nama bayi rayyan okeh.


Motippp Lion conquer space Pahat??? Pahat cepat meniarap hempap dia.. **matila...


Lion punya ayat masa ni : ' Apa tengok2?? Nak kena tumbuk???'

Si Pahat tu mcm tu je la.. Diam je.

Semalam ado photoshoot bersama Puan Kher okeh. Akak penat feeling2 tengok Britain Next Top Model tiap2 malam. Ado aku applykan?? Nan ado.. Time bergambo mcm tiang lampu memasing.

Adik akak kena gave up bergambar awal sebab anak dia sudah mengamuk.

Ntah kenapa ntah si Lion tu. Sambung lagi esok. Malas la pulak.

Wednesday, January 19, 2011

Entry Kejihhhh....

Walaupon maxis telah mengjanhengkan akak suatu ketika dulu...**matila kau ayat.

Akak terpaksa subcribe broadband maxis uollss sbb sebagai pengguna maxis akak dapat rm38 jah per month selama 5 bulan. So, akak terminate TM sebab TM pon menghanjengkan ahkak jugak sebab suruh extra bayar line telepon 27 hengget tiap2 bulan sedangkan akak amek pakej kombo. Saje la tu nak suruh akak tak bayar pastu blacklist nama akak. Keji la tuh..

Takde ke service yang tak menghanjengkan kat Malaysia nih??

Pastu asterok pulak baru sebulan lambat bayar dah kecoh potong service. Lempang kang!

Eleh...baru rm80 okeh bila akak call tanya. Ingatkan rm500 ke hape dia sibuk potong service.

Oh tuhan, kenapa la keji sangat service provider kat mesia nih. Jomla pegi korea!! Matila duet sesen pon nan ado simpan lagi mau pegi korea.

Eh, pastu kan esok cuti. Akak nak buat cis kek. Akak nak pegi bayar bil asterok keji. Benci!!

Tuesday, January 18, 2011

Rombongan Puan Ilotss

Suka2 kau kan letak sss belakang nama nak kasik glamer... kau ado??

Gini ceritanya emak akak nak tengok adik akak kat jerantot tuh. Pastu adik akak nak ikot sama, sekali je mak mertua akak pon nak ikot. Howww??

Terpaksa la bawak 2 keter.

Adik akak tuh baru abes pantang. Anak dia suka nanges. Serious tak tipu anak dia nanges 10 jam. 14 jam lagi tido. Xde la straight 10 jam nanges, agak2 la kalau nak tipu. Tapi tido 1 jam, pastu nanges la gitu..

Mak akak kata dia dah kurus jaga anak si Tipot tuh. Howw?? Dah la orang tua tu ada high blood pressure.

Akak pon tak tau nak buat cemana anak dia tuh. Nak kata lapo, sumbat susu dah. Ni pon sebulan je berat dia naik 1.7kg, dari lahir 3kg lepas sebulan 4.7kg.

Pegi berurut ke amek air penenang ke sama je anak dia.

Tukar nama jadi Ismail pon sama okeh.. BTW nama anak dia Rayyan Nafiz tapi kitorg sajela panggil Ismail mana tau berenti nanges ke.. Tapi ado???? Nan adooo okeh..

Korang tau ke cemana nak kasik anak dia kurang sket nanges??

BTW masa kat kampung dia tido sebelah Pahat debab tuh, Si Pahat tu pulak tak boleh tido..haha sebab bising. Hahahaha... Rasainnn kau debab!

p/s Rindu kat Pahat. Harap2 arini dia nak la susu botol. Aku dah mengangkut segala jenis botol, puting kat rumah akak tuh. Siap dengan syringe dengan sudu semua aku bawak okeh.

iklan