Thursday, December 9, 2010

Minggu yang meriah..

Minggu nih adelah minggu yang meriah dengan kelahiran baby okeh. Adik akak selamat bersalin. Akak ipar akak pon selamat bersalin semalam. Dua2 baby berat 3.1++.
Ni Baby adik akak yang dah teroverdue bersalin tuh. Berat 3.17kg. Panjang 51cm.
Nama Muhammad Rayyan Nafiz.

Apesal tahun nih ramai sangat guna nama Rayyan weh???

Tak nak ke amek nama mcm anak akak Rossiudin gituuu.. Kau berani letak nama anak feeling2 Rossi??

Oh.. pasal Rahim TInggi tu sebab adik akak sengal lepas bersalin tak kencing2 sampai esok paginya. Harusla rahim tu tak kecut. Dia takut nak kencing sebab trauma. Takut pedih kat bahagian jahitan tuh.

Kan lepas bersalin kan air kencing sebaldi keluar kannn??


Perlukah letak gambar Farhat ni tiap kali tulis entry???

Budak debab nih mengalami kembong arini tak mau tido. Kepala kat ubun2 tuh ada lekuk sket. Jadi akak menggunakan info2 yang akak baca kat internet seperti :
1. Sapu minyak yuyi
2. Dokong dia dengan cara kangaroo sambil tepuk2 belakang

Nanti dia akak sedawa and kentut lepas tu dia lega.

Adik beradik akak sekarang panggil Farhat adelah Pah-hat.. Ikut pelat anak sedara akak Icah yang umur 3 tahun tuh.

Pahat dah pandai senyum bila orang agah. Dah pandai bagi respond bila orang cakap2 dengan dia. Tapi leher tak keras2 lagi. Tapi suka berlagak mcm leher dia dah keras.

Tak payah over!

Akak rasa zaman sekarang ni Breast Feeding mcm dah di exagerate kan lah..

Korang tak rasa sama mcm akak ke??

memang la bagus tapi xde la bayi yang minum susu formula tu tak bagus..

Pastu kalau tak mampu tak perlulah nak beli breastpump yang mahal mcm Madela Freestyle tuh.
Tak perlu lah nak beli storage bottle yang mahal bagai..
Kalau tak perlu, tak payah la beli supplement yang mahal bagai tuh..

Guna tangan pon boleh pump keluarkan susu apa.. Kawan akak guna pump Manual sangat gigih okeh, berjaya jugak dia fully breastfeed anak dia sampai 10 bulan dah sekarang.
Simpan pon guna bekas dadih yang murah tu jah.
Fridge pon guna 1 pintu je..

Akak pon bukannya orang yang mampu sangat. Beli breastpump chap Littlebean. Bunyik bising macam mesin potong rumput okeh.
Xpela kan asalkan keluarkan susu dan tak sakit langsung.
Warranty pon ada setahun.

Akak sebelah bilik kata dudu dia guna madela swing tapi saket sikit. Pastu dia tukar guna Avent dia kata Avent lagi best..

Tapi semua pon bergantung pada orang la yek.

Tak perlulah nak down sangat sebab kau kena bagi susu formula atau sengaja bagi susu formula.

Asalkan sehat ok je la kannn??

Terus terang niat akak nak BF kan anak adelah sebab nak berjimat.

Kang kalau akak beli breastpump beribu-ribu + fridge ribu2... Tak ke dah tak jimat jadinya tu?

Breastfeed bergantung pada kemampuan bukan nak menunjuk2 okeh.

Orang kata pump tu best, pump ni best, supplement tu kena amek, supplement ni kena amek..

Ado aku kesah??

Pump aku yang bunyik mcm mesin rumput tu pon boleh la....
Mujur tak guna manual.. kalau tak pengsan nak memerah.

P/s : Rindu Farhat kat rumah....

Wednesday, December 8, 2010

First day after maternity leave..

First day selepas maternity leave adelah mcm tak best..

Tapi farhat safe in Daddy good hand.

Ayah dia okeh jaga dia masa akak kerja. Akak tau ayah dia akan jaga betul2. So akak nan ado lah sibuk nak call Farhat ok ke tak..

Seriously ayah dia jaga lebih baik dari akak okeh.

Akak balik tengok sedap je Farhat tido.

Tarik nafas lega.

Syukur Alhamdulillah!

Tuesday, December 7, 2010

Down to the hill.......

Minggu ni adelah sedikit down sebab :

1. Rumah
Owner lama rumah so called USTAZ tuh tak bagi deposit rumah kitorg kat owner baru.
Most rumah yang kitorang call suruh tunggu...suruh tunggu... end up dia bagi sewa kat orang lain.
Akak nih takdela nak marah ke hape diorang nak sewakan kat orang lain. Tapi kalau dah ada orang lain nak sewa bagitau awal2.. Janganla time kitorang call cakap ' Rumah tu kosong lagi belum ada penyewa'
Sakit hati tau.
Tadi tengok jugak rumah kat Kampung sebelah tu, tapi sangatlah mengerikan tambah nyamuk banyak. Untuk akak tak kisah punya dah la rumah sewa murah gila tapi kesian kat baby lah..

2. Contract keje
Due bulan ni tapi dah apply sambung. Ntah dapat ntah tidak.

3. Master
Lambatnya nak habes.....!! Bosan weh lama2. Tapi akak tekad nak habeskan jugak walaupon sekarang nih kena guna duet sendiri.
which sekarang nih dah tahap extend kena bagi surat kat dekan before 10/12 and aku belom bagi lagi weh.

4. Penyewa
Ni satu lagi sengal jugak. Penyewa rumah aku kat johor tuh liat betul nak bayar sewa on time. mcm2 alasan dia bagi mostly tiap2 bulan pasal anak saket. Tapi tak kan lah lewat sampai 10 hari tak bayar2 lagi. ye tak??

Last skali:

ESOK DAH MASUK KEJE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Di sebabkan kejadah-kejadah itu lah bila pump susu mcm tak nak keluar. Selalu time breast keras boleh dapat 5oz. Nih 2oz pon tak sampai. Lagi lah bertambah tension.

Esok rindu kat budak debab nih!
Cemana la esok dengan ayah dia. Cemana la ayah dia nak handle EBM tu.

Farhat jangan nakal2 esok. Jangan ngamuk2 tau dengan ayah.

p/s : Duet farhat ada banyak weh. Boleh buat beli deep freezer baru. Boleh gituuuu?

Rahim Tinggi

Sesiapa yang tau pasal rahim tinggi lepas bersalin bagitau akak ye. Urgent!!

Kesahnya sebenarnya nih haa adik akak dah overdue. So doctor induced dia semalam untuk paksa bersalin.
Alhamdulillah dia bersalin normal + epi + vacuum. Hambek kau kan.

Tapi doc tak bagi discharge dia sebab rahim tinggi. So kitorg pon mcm confused.

Rahim tinggi tu cemana? Tak paham okeh.

Eh, Motippp tetiba letak gambar Farhat? Mottippp x de kena mengena dengan entry kannn??

Uollsss... penat tau akak beranakkan Farhat meneran segala. Tapi dia taknak mandi dengan akak okeh...
Meraung2 mcm kena pukul..
Time mandi dengan bapak dia senyap je pulak tuh.

Motippp bayi lagi dah pandai memilih?????

Eh, kalau uolls tau pasal rahim tinggi tuh bagitau akak ye.

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah.

p/s Farhat lahir 1 zulkaedah, anak adik akak 1 muharam.

iklan