Tuesday, November 16, 2010

Hari ke 40.. Berjalan2..

Tau tak semalam Farhat tuh tak nak tido.. Dia tido pukul 11 malam bangun pukul 7 pagi.

Pengsan tak kau jadi emak dia??

Pastu ari ni tido siang pon kejap2 je...

Arini weolls jalan2 pegi Putrajaya amek mykid.

Gambar terbaru Emak yang sungguh buruk tanpa memakai apa2 dimuka sebab anak dia dah merengek.....


Farhat dan pose 'Aku dah bersalah!!'
Matilah kau ada emak mcm nihh..

Yang terakhir sekali saya sertakan gambar seksi mendedahkan dada.

Dengan ucapan 'Apa tengok2??'... Dengan nada kerek.

Selamat Hari Raya Qurban.............!!!
Kami tak balik kampung tahun nih. Beraya kat sini je..

Monday, November 15, 2010

Susu botol..

Akhirnya botol susu bumble bee yang aku beli online sampai.

Terus basuh guna warm soapy water. Remdam dalam air panas. Keringkan.
Pump susu. Suruh mohd Rafi bagi kat Farhat.

Eh, lupa.. Guna puting MAM.

Ok. Dia nak. Cuma dia mcm tak reti hisap sangat meleleh2 keluar susu.

Itu tak kisah. Yang penting dia boleh terima puting tuh.

Sekarang nih dah nak 6 minggu. Waktu dia berjaga siang makin lama.. kesimpulannya dia tido siang dalam 2 3 jam sajork.

Mula2 risau. Tapi bila google baby sleeping pattern kat internet, itu adelah normal okeh.

Ini adelah update curik2 selepas mengedit recording+matlab. Farhat akak campak kat bapak dia.. Rasainnnnnnnn kaki dia pulak lenguh goyang2 si Farhat tuh nak kasik tido tapi Nan Adoooo!!

Serious lutut dengan bontot akak dah tak larat dah weh.

Friday, November 12, 2010

Sebulan check-up bersama ayah..

Hari ni sebenarnya Farhat dah 35 hari. Tapi baru pegi check up sebulan hari ni sbb klinik ptjy nih khas untuk bayi sebulan adelah hari jumaat.

Farhat ayah dia pegang sbb mak dia very busy kena amek air kencing lah, HB lah..

Berat Farhat : 4.6kg
Panjang : 58cm... Nurse cakap anak akak panjang uollss sbb kat progress dia tuh dia dah lompat satu line.

Berat emak dia : 51.5kg... berat before pregnant adelah 48kg... Hasil dari makan bertan-tan.. helllooo breastfeeding lapar tau..
Eh, akak suka okeh berat skrg nih. Tapi yang sedihnya tuh memang tinggal harapan nak muat jeans2 akak tuh.
Kemeja pon dah x muat harap maklum ketat kat dada.. Hahaha..

Lupa lak.. time cucuk tuh akak x tengok. Sebab akak kena pegi jumpa Doctor buncang pasal perangan keluarga gituu.. So, akak pass kat Mohd Rafi pegi hantar anak cucuk.

Mohd Rafi kata dia nanges kejap je. Harap2 tak demam lah yek..

Lupa lak.. Doc kata HB akak low.. Pengsan!! Memanjang low je kannn??
Blood pressure pun low.. 82/60... Sbb tak cukup tido kah???

Pastu, akak mintak perancang yang injek tuh theyolls kata nanti second child susah nak dapat.

So, skrg nih kena on pills jah chap Noriday tuh sbb period akak susah nak predict bila and akak breastfeeding..

Tapi akak pose2 nak inject jugak lah uollss... Howwww????

Thursday, November 11, 2010

@35 days..

Update sambil pangku Farhat. Hebat tak???

Abes tu dia x nak tido uollls dari tadi.. So akak pose2 update sambil goyang2 dia supaya tido...

ni pon tak masak lg...dah la akak lapar nih...!


Ni dia budak debab.. 35 hari. Apsal akak tengok anak akak makin hari makin gelap hampir menyerupai ayah dia?? **larikkkk!!

Esok check up sebulan + cucuk. Jangan melalak sudah. Anak akak nih gedik sket pantang terkejut..

Solution semalam. Akak beli botol susu bumblebee yang wide neck online. Hopefully boleh guna lah...

Apsal EBM yang akak simpan dalam botol tak beku2 dah 3 hari uollsss?? Pastu lemak dia dah terasing dari air. Boleh guna lagi ke??

Wednesday, November 10, 2010

EBM + Pregnant adelah penyakit berjangkit...!

Ye uollss... akak langgar pantang lagi semalam.

Pegi beli puting MAM. Lepas tu balik feeling2 nak bagi Farhat EBM..

Tapi nan adoooo!!

Botol storage bumble bee tuh tak muat puting tu. While botol first year terlampau besar sangat lubangnya.. Kejilah!!

Lepas tu, akak dah tak buat stok EBM dah SEBABnya???

Tahan 3 minggu jah dalam fridge akak tuh.. Takut jugak nih kalau naik keje nanti stok tak cukup..
Itupon tumpang sikit kat fridge rumah Fila yang besar tuh. Kan Filla kann???

Lepas tuh kan.... AKAK AKU PREGNANT!!

Pengsan Mak aku jaga orang pantang. Lepas aku, adik aku, lepas tuh akak aku pulak. Howww??

Lupa lagi nak bagi tau.. Akak ipar aku yang sulung tu pon pregnant due bulan 12 nih... Akak ipar aku yang no 2 pon pregnant tapi due dalam bulan 3 tuh..

Pengsan!!!

Musim pregnant kah?? Berjangkit kah???

p/s : Farhat sekarang susah tido siang. Jadi Emak dia xde masa langsung nak update blog. Nak berak pon kena tahan2 okeh sampai ayah dia abes keje. Lepas tuh yang akak bengang tuh bila dah berjaya tidokan dia ayah dia suka sangat kacau. Cium pipi dia kah.. usik2 tangan kaki dia lah.. hasilnya??? Farhat bangun lah!.. Pastu akak suruh ayah dia tidokan yang lebih tido ayah dia... Keji tau!

iklan