Tuesday, February 16, 2010

Bohsan weh..

Serious bosan arinih..

Mohd Rafi nan ado dirumah, pegi repair moto orang.

TV nan ado cerita best.

Tengok You're beautiful lah buat kali ke 100 nampaknya.

Plan tergendala....

Actually, hari khamis nak pegi KPJ petang. Tapi rupanya Dr Kala session ada pagi je... Petang TUTUP...

So, plan nak pegi isnin. Pegi isnin, rupanya TUTUP jugak sempena raya cina.

Haiyohhhh... Tunda hari rabu pulak lah..

Dah,, entry nih jgn buat spekulasi bukan2.. Nanti akak sentap..

Aiyohhhhh......!

Monday, February 15, 2010

Speculation is hurting...

Jangan buat spekulasi bukan2 la tentang entry dibawah..

Nanti owner blog sentap.

Saturday, February 13, 2010

Sebaliknya..

Walaupon akak dapat berita gembira tapi sedang berjaga2 sbb disuspek akan bertukar menjadi tidak gembira..

Anyway, InsyaAllaah... Dah bersedia terima..

Wednesday, February 10, 2010

2nd time better or worse??

Pagi2 check UPT. Positive then paksa Mohd Rafi bangun tengok. Pegang UPT test tuh pon menggagau..

Nak confirmkan pagi2 buta pukul 8 pegi Klinik Mesra. Sbb malas nak pegi Bangi. Tapi tutup pulak.

Balik opis siapkan tutorial keluar balik pegi Klinik Mesra tengok ramai gila orang.

No pada masa itu adelah 15 dan aku dapat no 41. Motifffff???

Doc pulak sangat lembab. 20 minit pon tak siap2 lagi check patient. Pukul 11.30 aku dah kurang sabar. Dah la aku lapar. Aku call fiza dan weolls pegi lunch dgn CD owner di Giant Kinrara.

Balik pegi Bangi. Ramai jugak orang tapi cepat dapat giliran.

Doctor yang attend aku adelah Lelaki muda bernama Dr Syahrizal. Kalau aku belom kawen sah2 aku ngorat dia.

Scan perut tapi tak nampak apa2. Dia kata ada 3 kemungkinan:

1. Terlalu awal (sbb baru 3 weeks 6 days cam tuh)
2. Kantung kencing tak penuh
3. Luar rahim

No 3 tuh aku rasa mcm nak pengsan dengar. Dia suggest aku datang lagi 2 minggu untuk confirmkan..
Pastu dia suruh aku buat urine test untuk confirmkan. Resultnya positive. Confirm pregnant.

Aku doa sangat2 harap2 pregnancy Normal. Cukuplah kehilangan tahun lepas. Nak tunggu dapatkan balik setahun baru ada.. Ya Allah.. aku memohon pada mu selamatkanlah kandungan ku ini..

So, disebalik berita happy tadi pagi.. Still kena berjaga2 lagi 2 minggu. Kalau sakit perut je cepat2 pegi hospital.

Dan untuk itu juga aku terus call pejabat Dekan buat surat GL. Yela, kita tak tau apa yang akan terjadi kannn.. prepare for the worst la..

So, sekarang ni cuma mampu berdoa semoga segalanya selamat..

Aminnnnn.....

iklan