Thursday, June 4, 2009

Ayuh...Lapar!

Harini akak puasa ganti uollss..

Tapi lapar okeh.. Ada lagi 4 hari nih nak ganti puasa..

Tengah pikir2 nak makan apa buka nanti..

Kari ikan pon sedap jugak kan??

Wednesday, June 3, 2009

Musim Meroyan...

Ye la kan... Banyak benda yang buat hidup kita tension..

Paling Tension bila tanya husband sendiri bila nak PINDAH??

Jawapan paling standard 'Tunggu la....'

Sampai bila nak tunggu kan?? Penat la duduk sorang dah setahun lebih nih.. Kalau aku boleh breach contract dengan U**M nih dah lama akak buat.. Lagipon akak memeng dah xde hati dan motivasi nak buat research MAster nih.. Lebih2 lagi akak memang xde basic programming pastu kena buat programming...

Dari aritu try tulis matlab code yang rasanya simple je, tapi ERROR.. Menambah lagi tension..

Lebih MENAMBAH tension ialah semua orang yang berkahwin dah beranak..

TENSION weh.. lebih2 lagi baca pasal husband dia belikan hadiah... hidup sama... dapat anak...

Akak rasa nak LEMPANG diri sendiri sebab TENSION dengan hidup sendiri..

WEH, akak dah 28.. Ape achievement aku??

Tulis code MATLAB pon terkial2..dah sebulan tergantung... NYAMPAH la dengan diri sendiri yang xde motivasi.....

ADEKAH aku sejak dulu macam nih???

BIDADARI ke SENORITA??


Aritu kan akak ada tanya pasal BIDADARI kan uollss???

Lepas tu akak nak gi kedai beli...

Sekali je akak tu kata BIDADARI x best.. DIa kata SENORITA lagi bagus dan lebih murah... RM48 satu botol..

So.. Akak pon terpedaya la.. ** matila mak sinchan..


Tapi akak baru minum sekali je sbb baru abes period.. Untuk ibu mengandung dan period tak boleh minum benda ni..

FYI cd Owner, kandungan dia tulis kat kotak tu sirih, manjakani, kacip fatimah, jarum emas, akar serapat, serai, asam jawa, kurma, madu dan lain2..

Lain2 tu apa mak pon tak tau okeh..

Paling tak tahan ialah tagline dia ; 'semakin diminum... semakin dirindu....'

Akak pon x tau la minuman ni bagus ke tak sebab akak kan beli sebab murah ***larikkk... Kebanyakkannya dalam forum2 akak carik banyak yang minum BIDADARI..

Sape pernanh minum SENORITA nih bagitau akak yeh..

Tuesday, June 2, 2009

Hari yang bosan mari buat Tag II...

Hingus dah meleleh macam air paip.. Setakat ni akak dah abeskan 1 kotak tissue. Hidung pon dah merah..

Tapi.. Mari buat TAG!!! **matila intro xde kena mengena.. kau ado??

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Dah kawen kita kan??

2. Sila berikan dua atau tiga contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta
1. Kunci la.. x kan guna playar pulak..
2. Alarm kete dah rosak. Kena guna kunci jugak.

b) Mencucuk plug soket
1. Apa2 sahaja benda yang boleh di cucuk yang berdekatan. Seperti gunting, twizzer, pen, plug 2 pin dan sebagainya.. Yang penting, kita perlu menjadi kreatif okeh!

c) Simpan air minuman
1. Botol air yang comel seperti akak berwarna biru laut.
2. Botol air mineral
3. Jug

d) Ketika blackout
1. Lampu henpon
2. Lilin IKEA

e) Meluahkan rasa hati
1. Blogging
2. Kawan terbaik

f) Siang ikan
1. Gunting atau pisau
2. Suruh je Mohd Rafi.. Dia yang slalu rajin..

g) Susah hendak buang air besar
1. minum air masak banyak2.

h) Di mana anda simpankan dokumen penting
Office

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama,apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
Biar je.. Badan akak kan hot..**larikkkk!!

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
1. Ape punya soalan daa... guna nail clipper la..

k) Melihat waktu
1. Jam
2. Henpon

l) Kalau badan terasa panas
1. Duduk bawah kipas

m) Ternampak pencuri
1. menyuruk.. takut akak pulak kena rompak..

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam,bagaimana anda ingin mengambilnya
1. X payah nak amek. Bukan hak akak pon.. Biar je la duit tu kat dalam longkang

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
1. Mohd Rafi
2. Bantal peluk

Nak tag : Macam malas je nak tag orang.. Semua list kat kanan tu kalau rajin buat la yek..

Bakal rumah saye.... hehe..

gedik nak mampus tajuk kan??
Yela.. Bakal rumah, sbb tengah tunggu loan approve. Tu pon semalam orang scientex call tanya bila nak submit document. Aritu cuma bagi kwsp dgn bank statement sajork..

So... tengok la floor plan bakal rumah akak tu yeh?.. Akak nak letak gambar depan tapi x boleh save pulak dari website diorang.. Keji gila lah..

Kalau korang feeling2 mcm akak nak tengok bakal rumah contoh di sini:
http://www.scientex.com.my/PGWeb/PG-Jasmine-floorplan.html

X besar pon uollsss... Kat tingkat bawah xde bilik.. Bilik semua kat tingkat atas..

Akak guna loan RHB, ok ke uollss?? Ada bank yang lebih best x?? Orang tu kata RHB punya interest paling rendah 3.75%, Pastu flat rate. Dia kira2 akak kena bayar monthly RM490..

Betul ke tuh uollss?? Akak rasa sangsi la dgn orang bank itteewww.... **matila...

***************
SELINGAN
****************

Selamat Pengantin Baru untuk Blogger Misshidden dan juga Umyraepisode **malas letak link, tengok sendiri kat sebelah kanan tuh..

Moga kekal ke anak cucu..

Akak sempat pegi Umyra punya wedding kat Air Tawar 5, tu pon dah lewat pukul dekat pukul 4 baru sampai.. Banyak gila jemputan kat johor. Paling lewat pegi kenduri kawen kawan Mohd Rafi dekat Adela, pukul 6 camtuh baru pegi.. Sampai je orang tengah kemas2 khemah.. huhuhu..

Gambar xde uollss... Henpon akak abes bateri. Pastu Mohd Rafi tinggal henpon dia kat kete plak.. Keji sungguh..

********************

Oh.... akak bertikam tidah dgn mohd rafi pasal issue Akhil, Maizawati dan juga Waheeda..

Mohd Rafi sokong Akhil, dia kata Maizawati tu x patut bukak Aib suami..

Tension akak uollss... Nak melawan x boleh.. Nanti derhaka kata suami... **dan..dan.. kata derhaka..

Tapi kan... dia tinggalkan wife dia 3 bulan tanpa sebarang kata tu x fikir aib pulak kan?? Pegi tengok wayang sama2 tak fikir aib pulak kan??

Tapi betul ke waheda dgn Akhil tu dh kawen?? Kawen kat thailand ke uolllsss???

****************

Akak demam dan selsema nih..

Demam rindu kat suami tercinta kot.. **matila gedik nak mampus..

hahahaha

***************

ok.. dah abes update.... campur2... malas aku nak update berkali2 nanti..

Sekian................!

iklan