Sunday, May 13, 2018

Academic interview.

Halooooo... demam PRU lagi ke tewww? mengundi ke tak?? jangan beriya pose2 gambar PM baru tetiba tak mengundi... Haha

Btw, Akak pi interview awal bulan 4 aritu. Tapi sampai sekarang tak dpt jawatan tu maksudnya apa?? sendiri mau igt. Kalau di ingat2 balik ada jawapan2 bangang yg akak jawab masa interview tu. Bila balik menyesal, kenapa lah aku jawab mcm ni? kenapa tak jawab mcm ni?... Anyway, what past is past. Tapi bagus jugak sbb akak dah tau cemana nak jawab masa interview kat tempat lain lah kannn.

So antara soalan2 dia:
(interview dalam BM)
1. Perkenalkan diri anda
2. Summary research PHD
3. PhD buat brp tahun
4. Apakah pendapat anda mengenai industry 4.0 (ni akak mmg tak tau langsung- So I told them than i dont have a clue about this. Pastu dekan cakap 'ha...ni mesti tak baca paper'... :)
5. Apakah anda rasa cabaran mengajar student sekarang? (ada ke akak jawab takde cabaran? vodooo tau tak? patut jawab begini ya adik-adik > dengan wujudnya teknologi yang pantas, dan kewujudan informasi dihujung jari memberikan cabaran kepada pensyarah untuk mengajar esp. dalam bidang teknologi dan kejuruteraan sesuai dengan teknologi terkini.
6. kenapa U*M (kenapa pilih uniersiti tersebut?)
7. Kenapa kami perlu mengambil anda berkerja?
8. Plan masa depan (misi dan visi sekiranya diterima berkerja)
9. Boleh kerja weekend( jawab:bolehhhhhhh sesangat.:))
10. Apakah cabaran academic masa sekarang. Dari segi teaching and research. terutamanya RU yang sangat mementingkan research.
11. Hubungan dengan supervisor (grant, collab work)
12. Kenapa SPM teruk? (ok...akak speechlesss soalan ni. BTW, akak spm pangkat 1 arg 20, and semua subject credit)
13.Kenapa tak sambung Master in control? >sbb ni boleh membantu dalam pengajaran
14. Boleh ajar subject apa?
15. Modelling tau buat tak?
16. Kenapa nak buat autonomous and robotic? Nak guna apa? wifi ke apa?

Ada lagi soalan yg akak tak berapa ingat. All in all interview dalam sejam setengah dalam hujan lebat. Sekian.

No comments:

iklan