Thursday, June 29, 2017

Raya 2017

Hi uolss..

Juga pada hari Jumaat, 9 june 2017 di bulan Ramadhan. Ibu mertua akak telah meninggal dunia. 2 hari sebelum beliau meninggal dunia beliau katakan pada adik ipar akak yg dia mintak maaf kat Mohd Rafi and akak. Masa tu FIL panggil semua anak2 dia balik kampung tgk arwah yang sedang tenat.
So Mohd Rafi telefon mak dia sempat bercakap dan mintak maaf.
Hari esoknya, nak bawa ke Hospital Doctor datang rumah check dan bgtau, it's too late. Makcik akak gilir2 jaga arwah masa tengah tenat dgn adik beradik dia. Kemudian lepas solat jumaat makcik akak suruh Mohd Rafi telefon arwah bercakap kat phone. Mohd Rafi ajar mengucap, masa tu air mata arwah terus meleleh. Lepas tu ustaz baca surah. Then, beliau pun meninggal pada pukul 11 malam waktu malaysia, di hari, Jumaat Ramadhan.

Akak rasa bersalah x dapat bg Mohd Rafi balik tengok arwah mak dia sebab tiket mahal. Alhamdulillah jugak kami sempat tengok arwah masa balik Malaysia bulan 2 aritu. InsyaAllah akan balik for good Sept atau Oct ni.

Alfatihah untuk arwah Mak mertua akak. Patimah Binti Ghani.

So cerita pasal raya.

Alhamdulillah raya tahun ni jatuh pada hari Ahad. So xde lah kau rasa bersalah celebrate lebih2 kannn.

So kat Lincoln ni ramai yang dah balik Malaysia for good. Tinggal berapa kerat je la yang ada. So akak invite la kwn2 dari negara lain datang makan memeriahkan majlis.

Pada hari tersebut akak masak rendang cili api arwah mak mertua akak, ayam masak kicap, lodeh dan kuah kacang. Jemput melayu mmg ada 4 org je kat Lincoln. Lebihnya akak jemput kawan dr Thailand ada, Nigeria ada, Indonesia, Omputeh pun ado. Tak sampai 10 org pun.





Baju raya semua xde hahaha. Baju hakak tu 3 tahun lepas punya. Baju Pahat and Farha tu baju baru. Tapi baju kurung and melayu mmg kitorg x beli sbb leceh nak pos2. Baju kurung and melayu lama ada tapi dah 3 tahun berturut pakai. Pastu baju Pahat and Farha dah senteng. So we settled with baju tak berapa raya.

So dikesempatan ini akak nak ucapkan Selamat Hari Raya, maafkan salah dan silap akak selama ni ye. Kalau ada salah sengaja atau tidak akak mintak maaf ye.

Byeeeee...

1 comment:

Cd owner said...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin untuk ilot sekeluarga.

iklan