Wednesday, November 30, 2016

Birthday Kaklong kawasan Lincoln yang ke 2.

Hi uollsss..

Sv akak xde arini. So akak rajin transfer gambar ke laptop.

Sebenarnya birthday Farha 4hb aritu. Tapi kitorg buat majlis on 5th Nov sbb hari Sabtu. Tahun lepas sambut kat rumah sahajork. Kek pun akak tak beli sbb ala..dia kan baru setahun. Dia bukan tau apa tu birthday. Keji tak mak mcm ni?

Disebabkan tahun ni kitorg celeburit besday Pahat, so kira sama rata, celeburit besday adik dia skali.

Malam birthday tu cakap dengan Farhat.

'Tomorrow we're going to have adik's birthday party.'

Pastu dia cakap, 'Ibuuu...can I join Adik's birthday party pleaseeeee'

'Yes, you can'

'Yeayyyyyyy!!'

Sah2 la kau duduk satu rumah dengan adik oiiii. Takkan kau x dijemput datang pulak kennn. Hahaha.

Hari kejadian akak masak simple je iaitu laksa johor. Pastu fikir2 nanti kalau ada orang x makan laksa cemana kann?
So tambah carbonara. Eh, lepas tu gigih pulak kelim karipap pusing.

Matilah kalau sv aku tau aku banyak sgt masa terluang masak banyak2.

Actually sabtu tu dia skype akak tya pasal kerja. Akak cakap akak tgh ada party birthday anak. Jujur konsepnya. Jangan tipu2 uols tak baikkkkk.

Kek mcm biasa beli kat tesco. Akak xde masa lah nak baking. Lagipun beli lagi murah kos. Yang ni Gbp5 sahajork. Lagipun orang x makan kek sangat.









X ramai sgt lah yang ado kat Lincoln. Banyak tu je la.

Laksa habis. Karipap habis. carbonara orang tak makan sangat.

Tu je. byeeeee.

No comments:

iklan