Tuesday, May 3, 2016

Makannnnnnn

Halooo uolsss.. Akak nak bgtau berat akak dh naik mencanak. Apa tak nya feveret sekarang tengok ig masakan. Pitammmmmm!
Lepas tu org malaysia suka tawww update makanan pagi2 iaitu malam waktu uk. Dah malam2 kau tengok gambar makanan tetiba kau pun menjadi laparrrrr.

Lepas tu kau pun godeh2 lemari kat dapur pastu makan. Pitammmmmm!

Disebabkan akak pun dengki akak pun uplad gambar makanan juga.




Minggu lepas akak buat sushi. Tak susah pun. senang nak mati uolsss. Beli je sushi kit tu ha sbb akak x kuasa la nak beli vinegar asing2 kang aku x reti budget berapa byk nk campak dalam tu. Senang gila just masak nasik dia dalam periuk nasik pastu campak je vinegar yg dia dah sediakan.

Semua ado dalam tu kecuali fillings sushi tu la. Harga dia Gbp5.99. Akak confirm dan pasti ada jual kat Malaysia ntah2 lagi murah.


Ni filling akak. Yang telur tu akak belajar hasil menonton rancangan Korea. Tak sia2 aku tengok. Lepas tu esoknya terus buat sushi or kimbab org korea kata. Tp kimbab letak sesame oil or seed akak tak kuasa nak pegi beli. Yang kuning tu pickle radish. Ada cucumber and sosej potong dua. Akak x kedekut okeh potong 4. Kalau ikutkan hati akak, nk letak seketul sosej je mcm tu. Over sgt konsepnya.


Ni sushi dah siap gulung. Gulungan hasil tengok rancangan korea jugak. Nampak takkk? x sia2 akak menonton.

Overall Pahat suka sushi ni sebab kekdahnya kau letak sosej sebesar2 alam tu kann?? haroslah budak2 suka. Btw, 1 pack sushi kit tu boleh buat 7 atau 8 sushi, tp seaweed dia bagi 6 je. So pandai2 beli lain. Kalau kau buat gemok2 cukup la 6 je.

Tapi makan separuh dah kenyang. Esoknya Pahat mintak sushi lagi tp dah habis sebab akak bagi2 orang.


Next cerita karipap pulakkkk... Ni experiment kali ke 7.
Yg kanan tu x berapa jadi sgt. tu guna method lain. Kiri tu guna method lain. Kalau ada masa kang akak tunjuk caner buat.
Tp tu pun belom perfect lagi sbb apsal org buat lagi flaky? Aku punya flaky halus2 gitu. Tastewise ok je sedap. Yang terpaling suka makan ialah Rania Farha.. Dia korek inti sahajork. dan kulit dia campak kebawah. Dia tak tau mak dia gigih buat kulit flaky2 mcm tu. Dasarrrrrrrrrr....
Inti sardin tu akak belajar dari mak mertua akak. Sbb dia mmg jual karipap frozen. And memang sedap. Tapi kan akak rasa karipap pusing ni lagi senang nak buat dari karipap biasa. Cuma masalah flaky kau tu jadi ke tak je lah.

Sekian update makanan. Sambung buat kerja.

No comments:

iklan