Monday, May 23, 2016

Gemok....

Uols tau kan hakak pakai implant kat lengan as family planning. Sebab akak nak habiskan PhD akak dulu uolss..Lagipun akak ni tak rajin and suka hot2 chicken shit makan pils. Nak buat BBT mcm Shilla pun akak malas sbb akak kan suka hot2 chicken shit. So natijahnya kau pasang jah implant.

First 2 3 months memang period datang tiap2 bulan. Lepas tu period akak tak datang. Lepas tu akak dok check upt la jugak just in case kannn. Sbb keberkesanan implant tu 99% so ada 1% chances tu jugak. Tapi dah 5 kali aku check nan hado.Jadi di sini hormonce imbalance lalu menjadi punca pertambahan berat badan hakak. Sekarang 60kg okeh. Pitammm hakak. So akak nak diet, nak achieve berat 50kg. gituuuuuu. Masa zaman belum ada anak berat tak pernah cecah 50kg. Dah 30's berat tak pernah below 50kg. Matilahh nakkkk

Lagi satu punca penambahan berat aku ialah Mohd Rafi... hari2 dok ajak makan pukul 10pm. Akak kuasa nak layan.

Pahat skrg sangat independent. Dia nak makan apa2 dia amek sendiri. Nanti malam2 dengar dia turun bawah pi dapur makan cereal dgn susu. Kadang geledah almari makan coklat la hapa lah. Semalam dia tiba2 cakap.
'Ibuuu..I want a bike.... I want spiderman bike'

Eh..eh...tetiba nak basikal. Tunggu lah emak kaya ke apak kaya ke...

Btw, Mohd Rafi dah tukar kerja. Skrg dia kerja dengan restaurant india pulak. Gaji lebih Gbp10. Sebabnya boss lama tu asyik short bagi gaji je. Kata tak cukup duit and untung tak banyak minggu tu. Lepas tu kerja semua dia buat. Kat restaurant baru ni kerja relax sikit. Boss lama dia tak bagi berenti. Suh berenti lepas ramadhan, lepas tu ayat dia, kita muslim kena tolong sesama muslim.
Cantik muka dia kannnnn???
Lepas tu kata nak naikkan gaji Mohd Rafi. Tapi laki akak kata gaji skrg pun dia bayar short, lagilah nak naikkan gaji.

Actually Boss baru dia ni kenal dgn Boss lama. Ala2 sedara gituuu. Bos lama dia siap telepon Bos baru tya dia ke yg offer kerja kat Mohd Rafi?... Matilah berebut.

Kan akak cakap, species diorg ni mana2 pun sama je....

Oklah. Akak rasa akak nak pegi buat coffee. Ngantukssss!

Bye.

4 comments:

arnie said...

wow! tula, ade pekerja baik tak nak jaga.
padan muka.

akak.. kite pun zaman anak dara, payah nak cecah 50kg.
zaman mak ni, dah tak pernah cecah 50 kg.
pelik tgk angah n adik kite, selamber maintain bawah 45kg.

nak kurus jgk. tgh gigih tak makan malam.
oh ye, kite pun pakai iud, lepas beranak teha.
nak lepaskan phd, ade kerja stabil.. baru bukak la kot. heee...

monstorious wife said...

IUD coil ke hormon arni? period ok x?

arnie said...

haah kak. iud coil yg masuk kat bawah. tapi tak rasa apapun.
awal 3 bulan, period lama.. dekat 15 hari.
bulan ke-4 normal.

monstorious wife said...

ooo... akak first month pakai period sebulan okeh. Pengsan!. The next 3 month ok dah period. Lepas tu dah 2 bulan tak period. Mcm2 la haii.

iklan