Tuesday, May 10, 2016

Farhat

Kalau uols pernah dengar suara Fahat mesti tau dia ni kalau bercakap suara halus n slow je. Cuba kalau menjerit... Sakit telinga kau.
Selalu jalan2 kat town jumpa kawan dia nanti dia dok panggil2 tapi kawan dia tak dengar. Habes tu suara separa berbisik.

Kalau kat rumah kemain lagi jerit2. Geram betul emak kauuuu. Aritu dia jerit2 emak sound la 'Pahat, shut up pleaseee..'
'Ibuu...dont say shut up. Say quiet pleaseee...'
Kemain lagi kau eh. 'Ok, Pahat please be quite.'
Pastu dia jerit2 lagi, akak ketuk dia dgn sikat. Slow je okeh. X sakit pun tapi dia cakap,
'Why are you hurting me?'. Akak malas nak layan dia. Pastu dia cakap lagi.
'Ibuu, you dont hurt people. It's not good. Say sorry to Farhat'
Kau rasa nak lempang takkk?? kecik besar je aku tengok dia. Kalau terpijak kaki dia atau tersenggol sikit pun sibuk cakap,'Say sorry to Farhat'

Dia main dengan adik dia kemain lagi mcm adik dia tu jantan. Siap main gasak2. Pastu adik dia pun perangaiiiiii boleh tahan. Apa abang dia main tu la dia nak main. Emak beli soft toys ala2 gigirl harammmm dia campak ke bawah.

Aritu topi dia hilang kat sekolah. Balik akak amek tu dia cakap 'where's my hat?'. Akak cakap'Pegi cari dalam kelas'
Dia masuk balik dalam kelas x jumpa. Topi tu adalah topi superheroes. Beli kat H&M brighton 2 tahun lepas. Lepas tu dia balik nangis2. Tak kuasa betul emak topi hilang pun nak nangis. Esoknya kitorg pi H&M nak cari topi yg sama dah xde. Haroslah dah x keluar. Pastu pi primark beli topi GBP1. Happy okeh. Jimat duet apak kau.

Esoknya pi sekolah dia eksen kat cikgu dia 'Mrs Naylor, I got new hatttttt'
Cikgu dia pun layankan je. Kalau kitorg beli toys atau barang baru kat dia esok kat sekolah mesti dia bgtau cikgu dia. 'I got neww toyssss'

BFF dia kat sekolah Johnny and Arenas. Tapi Johnny dah lama x pegi sekolah. Pahat kata 'Johnny got hurt when playing football'(tapi ayat dia tunggang terbalik, maksudnya lebih kurang cam tu. So hari2 dok cerita Arenas tu.


2 comments:

mrs zach said...

cikgu2 kindy mat salleh ni diorang punya passion kat kids tu lain macam. pagi2 tunggu dpan pintu...greet. lepas tu bebudak excited nak gi sekolah...apesal ntah.

monstorious wife said...

ha ah uolss.. Pagi diorg bukak pintu pastu greet semua budak. 'Good morning, Farhat'.

iklan