Sunday, January 31, 2016

update!

Hehehehehe..jangan maki akak ye dengan entry sebelum ni. Akak fefeling jew lepas tu malas nk tulis.

Well. Akak tgh update paper. So stress sebab bila sv aku edit sana sini template jd lari. lepas tu references semua hilang. huhuhuhu... T_T

Semalam dah tido lambat editing. Arini tgk musnah semua... Akak hanya mampu berhuhuhu. Anyway, syukur alhamdulillah dpt sv rajin tgk2kan kerja kau. Huhuhuhu (lagiii)

Akak nak bgtau sapa2 yg order brg dgn akak. AKak dh pos dah 3 mggu lepas. Biasanya amek masa sebulan lebih mcm tu. Nnt akak update ye.

Skrg dh xde sale brg best2. Tunggu summer nanti ye.

Bulan ni akak busy. Well pernah ke student phd x busy?? 1st year ala2 introduction, mmg banyakkk masa kau jalan2 pi bandar brighton. Lepas tu kat malaysia dekat setahun sbb settlekan transfer, Kalau dh kat mesia tu mmg masa kau sia2. So masok balik 1st year lincoln, consider 2nd year sbb dh buat 1st year kat Sussex. 2nd year memang mcm high speed train ala2 research akak. Lajuuuu je sv aku. Lagipun funding akak ada lagi baki 2 tahun lebih je masa masok lincoln. So sendiri kena push diri sendiri.

Jadi, kdg2 balik rumah mmg confirm si farha tu dah tido. Kalau kau fefeling nak buat kerja kat rumah memang rentikan laaaa. Kena tggu si kecik tu tido baru boleh buat kerja. Bila dia dah tido, emak pun malas nak bangun dari katil sebab sejuk. Kau adoooo? Tapi mggu ni kena gigih jugak bangun buat kerja sbb nak submit paper punya pasal. Patutnya arini due tp ada numerical problem kena run balik simulation.

Anyway, kalau single or married tp xde anak senang sikit nak buat phd. Tak payah fikir commitment. Masa kau rajin kau boleh buat time malas boleh relax sikit lepas tu boleh pulun sampai pagi. Time degree akak mcm tu. Skrg ni ada commitment especially bila ada toddler or baby. Jadual kau ikut jadual baby. Baru nak type satu ayat anak kau dah menjerit2 suruh amek.
Sbb tu akak lagi suka pegi opis buat kerja. Boleh focus and xde buat kerja2 tak berfaedah.
Sebab kat opis akak tu xde sibuk org nak berbual2. Semua sibuk buat kerja masing. Sv pun keluar masuk cari student.

So, sapa2 yg single tu, nak buat phd buat la skrg, Kang ada anak, banyak nak kena handle. And kena curi masa.

Bye.

2 comments:

aisha said...

Lagiiikkk!

Cd owner said...

Mana part tengok citer korea sampai pagi? larikkkkkkkkkkkkkkkk

iklan