Monday, December 21, 2015

Tak busy tapi malas.

Ampunnn uolss, x sangka ada lagi peminat blog hakak. Akak baru lepas hantar report. Nak christmas ni kann kenalah gigih sikit lepas tu kan nak cuti.

Sebenarnya boleh je buat hari jumaat sabtu tapi akak xde mood nak menulis report. Nampak tak?? nampak tak?? Adik2 nak buat phd jangan tiru mcm akak. Akak suka2 bagi cuti untuk diri sendiri. Kau adoooo???

Tapi kan sebenarnya selagi kau x siapkan kerja otak kau dok fikir je, 'aku ada kerja lagi tak siap'.. tapi kau ala2 ignore signal tu dan mengelim karipap. Hahahahaha

Tu project akak 2 hari lepas iaitu experiment karipap pusing.

Mula2 tak jadi. Esoknya akak gigih lagi menguli dan mengelim. Usaha tangga kejayaan atau nama hipsternya dongibab.

Gambar Farha jadi model background. Dia tengah makan karipap la tu.Kali ni jadi la jugakkkk walaupon x berapa flaky sangat. Menurut resepi google kebanyakannya guna vegetable shortening. Akak sepupu akak yg berniaga kueh pun suggest guna vege shortening. Tapi akak x koser nak keluar pi kedai sejuk2. Lagipon aku malas jalan kaki, bolehhhhh??

Mula2 nak bagi sv try. Tapi nanti sv kau cakap. Ni rupanya kerja kau hantar report lambat??
Haaaaaa. So kau lupakan jahhhhhh

Btw, nak christmas ni pening okeh nk bagi sv hadiah christmas. Google suggested bagi wine, eh harommmmmm. Lps tu bg chocolate, oh boringnyaaa. 3rd, home baked good, kekdahnya oven aku antik koserrr aku nak layan. Setelah seharian berjalan sekitar bandar lincoln. Penatt hokeh akak kehulu kehilir. Last2 akak beli travel mug flask jenama thermos. Within budget lagi. Reason behind the travel mug purchase is my sv drink coffee everyday and dia selalu komplen coffee dia gone cold and taste like crap. So hopefully dia guna lah hadiah murahan akak tu.

Ikhlas dari hati gittewwww.

Sebenarnya hakak nk upload gambar chrismas play pahat. Nak bgtau jugak Farha dah setahun bulan lepas. Haha. Juga birthday akak minggu lepas. Matilah semua dah lepas.

Masa birthday akak tu akak ada meeting dengan sv, balik singgah iceland beli kek chocolate Gbp2. Sumpah sedap kek tu. Pastu akak paksa Pahat nyanyi lagu Happy Birthday Ibuuuuuu. Lepas tu baru boleh makan kek.
Esoknya nak makan kek lagi paksa Pahat nyanyi lagi Happy Birthday Ibuuuuu. Matilahhh nakkkkk. Tunggu Farha dah pandai cakap nanti Farha pon aku paksa nyanyi lagu Happy Birthday Ibuuuu....

Hadiah? Dah kertu tak payah nak hadiah2 sangat!!

Merry Christmas!!


2 comments:

aisha said...

Hahaha suka suka.. Lagi. Apa citer farha? Citer pahat? Apakah kepandaian mereka sekaran?

Cd owner said...

I told you. Use my recipe you will never go wrong...Minyak sapi takde ke kat UK tu sibuk nak crisco2 sangat.

iklan