Sunday, November 29, 2015

Busier is good??

Last week, memang minggu paling busy. Aku nak lunch pun x sempat. Padahal nak makan bekal bawak dari rumah je. Takde konsep lunch kau nak keluar pegi makan. Makan depan opis jah. Makan dalam opis kang omputeh jeling2 hakak.

Aritu akak bawak nasik lemak makan depan opis sekali bukak bau 1 floor. Terosss akak tutup balik. Esoknya bawak sandwich jah.

Last week sv akak kejar hari2 ya. Dia panggil meeting pagi, lepas tu dia suh buat kerja, afternoon dia kata dia nak tengok. Kau x kelam kabut???

Lepas tu balik rumah pukul 6 atau 7 camtu, masok la email dr sv bertimpa timpa. Balik rumah Farha pun dah tido. Kesian pulak dia, emak xde masa sgt dgn dia. Biasanya pagi akak hantar Pahat pegi sekolah. Lepas tu masak laju2 utk farha n Mohd Rafi.

Lepas tu pi opis. Sambil berdoa janganla terserempak dengan sv. Kalau terserempak, 'Fazilah, can we meet another...10 minutes?'

Heh. lalu kau masok opis, laju2 bukak laptop dan update cepat2 kerja semalam.

Tapi...walaupon akak stress, tapi akak happy. Sebab akak nampak progress kerja akak. Seriously I couldn't get any better sv than my sv now. Akak sgt2 terhutang budi la kat sv sekarang ni. Kalau akak dah grad nanti, I'm gonna miss him. Haaaaa.....

Wah fefeling grad kannnn??

Kami tgh tulis 1 paper. Target publish January, Akak berdoa sangat paper tu will be accepted. Akak jugak nak sign up for academic writing class kat sini sebab academic writing akak mengikut komen sv and my 2nd sv adalah laharrr!. Grammar tunggang langgang!

Actually arini hari sabtu. Supervisor akak email sebanyak 7kali. 1 email je akak reply sebab weekend Mohd Rafi kerja, memang susah nak bukak laptop sambil jaga dua orang ni. Pahat tu xpe. Yang si Farha tu bahaya, sebab kerja dia mengutipppp je apa2 ada kat lantai dan makan. Lepas tu nanti gaduh dengan abang dia. Pening pulak kepala hotak aku.

Lagipun, weekend time dengan anak2 and masa rehatkan otak. Matilah esok sv aku email lagi. Tapi sebenarnya akak plan nak buat malam ni time anak2 tido, instead aku berblogging. Larikkkkkk!!

Jangan kecam akak. Lepas ni akak nak tido puiler sbb akak malas.

2 comments:

Cd owner said...

Buatla cam aku. Pagi2 pukul 3 bangun seperti yang kau lahar aku kat instagram.

monstorious wife said...

Tak boleh nyah..sebab mak tido lamabt tengok citer korea. Larikkkkkk!!

iklan