Thursday, February 5, 2015

Pahat.

Akak perasan, akak kurang cerita pasal Pahat kannn??

Tiap kali jumpa kawan2 atau reader mesti tanya. Pahat dah pandai cakap??

Jawapannya ialah DAH.

Masa balik Malaysia lepas sebulan dia kawan2 dengan Lion, lepas tu sbb org kat sini semua berckp bahasa yg sama lama2 dia pick up speaking skill tu.

Sekarang dia dah cakap dengan lancar. Tak pelat. Tapi construction ayat tu terbalik sikit.


Masa pegi speech therapy kat UK pun therapist tu cakap, bukan masalah budak2 tak boleh cakap hantar [egi speech therapy tapi diorg risau nanti umur 5 tahun dah sekolah tak reti cakap lagi. Nanti susah dia nak communicate dengan cikgu dan kawan2. (Akak dah translate lah apa therapist tu cakap)

Hobi dia adalah MEMEKAK time adik dia nak tido. Stress emak kauuuu. Adik dia baru nk pejam mata abang dia menjerit2. Dia ni kalau cakap suara halus. Tp kalau suruh menjerit nyaring suara keluar.

Dengan baby xde perasaan sgt. Paling2 pon dia panggil. 'Babyyyy...cak! cak!'
Kau hengat baby tu dh pandai main cak-cak la kannn?
Tapi yg sayang baby adelah Lion okeh. Walaupon bukan adik dia. Nanti dia sibuk masuk bilik, 'Ibuuu, nak baby'
Pastu cium2 baby

Akak tak sekolahkan Pahat lagi... sebab nanti kalau jd balik uk rugilah byr yuran 1k++ kalau sekolah 3 bulan je. So akak ajar dia abc sikit2 kat rumah. Sebenarnya kesian jugak kat dia x sekolah. Tapi nk buat cemana. So akak belikan buku2 utk dia buat exercise.

Akak call mara pon depa suh tunggu je. Aihhh bosannya menunggu. Dah berapa bulan daaa nak tunggu. Akak plan nak masuk bulan 1. X sempat ni dah bulan 2. Pun confirm x sempat. Tunggu lah bulan 3 pulak. Kau tak pitammm jd akak???

Akak hanya mampu berdoa dan pasrah gituuuu...

Byeeeee

No comments:

iklan