Saturday, January 17, 2015

Life Planning

Ha...Maafkan akak... Akak punya jadual sekarang ikut si kecik tu. Dia kalau nak tido memang kena struggle melalak2 dulu baru tido.

Oh, sekarang akak letak dia dalam buai sebab aku dah nk pitam tidokan dia guna manual. Dalam buai pon kau buai sejam baru tido. Pitammmm. Lepas tu kau kena buai sahajork. kau berenti dia bangun.

Ni cubaan isap jari. Tapi belum pro mcm abg dia lagi. Dia cari2 jari kdg2 x jumpa lepas tu ngamokk.

Jadi nyah...Akak kekadang je ada masa. Time ada masa mlm tu dah keletihan lalu mengantok.

Begitulah rutin... Paper sv aku email pon baru baca 3 pages tak gerak2.

Lepas krismas akak push Lincoln kuarkan offer letter. Halooo akak dh apply dr bln 10. Motippp lambat?
And akak nk masok bln 2. Nk tggu mara approve transfer lagi. Nak apply ATAS. visa. Dan segala urusan nnt x sempat.
So Lincoln kuarkan open offer. Maksudnya aku boleh masok register ikut suka hati. Tapi kena bgtau awal sbb depa nk kuarkan CAS statement utk visa. Lepas tu CAS mesti sama dengan ATAS.
Biasa ATAS ni cuma bidang2 technical kena apply. Yang buat social science tak perlu.

Sebab akak kena ada offer letter adalah sbb mara wajibkan hantar document lengkap utk transfer. Dan pegawai mara kata amek masa 2 3 bulan nk proses. Pitammm tepi bucu katil!!

So akak harap disini mara approve sebab akak dh x koser membazer masa lama2 duduk Malaysia. Dan akak suka SV akak sekarang. Beliuau sgt helpfull dan memahami. Akak takkan dapat SV sebest mcm ni lagi. Tp skrg dia dah busy sikit sbb dah naik pangkat jd Director of Studies.

Yang penting akak plan nak ship tiang buai ni ke UK kalau confirm semua benda dh lepas.

Doakan akak uolss!!!!

1 comment:

arnie said...

hahhaa.. sanggup akak nk ship buai. chayo kak, semoga dipermudahkan.. =)

iklan