Thursday, December 4, 2014

My second star

Hi....fuh..fuhhh
akak kembali membersihkan sawang!!
Ala uolll...laptop akak rosak balik baru je seminggu amek dr service centre batery problem balik. Hanjjj lenovo service centre. Dah la akak bayar mahal tukar motherboard segala. Very the membazer duet aku. Ini pon tetiba batery laptop akak cepat habes. 30 menet dah kaput.

Sakit pulak hati kitewww... Nak beli laptop baru xde budget puiler.

Well... rumah Kak tipah dah ado streamyx. Dia nak amek unifi tp kawasan rumah dia kat ulu tiram nih nan hado coverage katanya... Terpaksa amek streamyx.

Well uolsss... Akak dah bersalin anak ke 2. Setelah overdue 3 hari. Baby girl bernama Rania Farha keluar pada 4 november 2014.

Akak sakit bersalin malam 3 nov tu. Masa tgh baca2 buku cerita dengan Pahat. Sekali je keluar darah. Tapi x sakit. Pukul 4 pagi dah sakit selang 5 menet tapi tak strong. Kejut adik aku temok pegi sepital.
Check bukaan dah 3cm. Tunggu sampai pukul 8 baru 4cm. Oh my!! Pastu diorg sumbat akak dalam labour room.

Lepas tu uollsss... Akak sakit nak mampos sampai pukul 1 tu baru 5cm?? kau mampoooooo?? Yg tu doc tu kata contraction baru 3 in ten. Dia nak 4 in ten untuk deliver. Pastu dia masokkan ubat induce kat tangan. Dan pukul 2 akak mintak ubat tahan sakit cucuk kat peha/

Membantu kah ubat tahan sakit?

TIDAKKKKK ye.  Sapa2 yg nak bersalin tu tak payah feeling2 amek. Sakit sama je. Lepas tu kau ngantok di labour room how?? Sampai laki aku kena tampar2 pipi aku suh bangun. Bolehhh??

Lepas pukul 2 tu sakit dah kuat. Tapi baru 5cm bukaan. Matilah!!. Dekat pukul 3pm, MO masuk check bukaan dah 7cm. Dia try bukakkan jd 9cm. Lepas tu dia suruh try teran tengok. Lepas tu dia kata boleh try teran sekarang. Alhamdulillah 2 kali teran Farha pun keluar. Terus akak rasa lega. MO letak atas badan.

Farha keluar 2.78 kilo, 50cm. Normal.

Hei...kau jgn hingat lepas bersalin tu dah lega. Dah xde sakit2 dah.. Kat Hospital Sultan Ismail(HSI). Awasss ye... Lepas bersalin dia korek bawah tu tengok ada tear ke tak. Dia seluk lagi sampai aku tepis tangan Doc tu. Pastu doc lain pegang tangan aku. Seluk tu sakit ya.... Pastu jahit koyakan. Akak koyak sendiri sampai vontot. Eh, padahal aku xde angkat vontot pun masa teran.
Jahit tu pon sakit uollssss...

Pukul 6 baru dia bawak naik ward. Mohd Rafi dengan adik beradik akak teros dtg melawat. Kau la yang paling kecoh kat situ kannn?

Naik2. Adik akak bagi roti dengan air. Sebab dari pukul 4 pagi malam semalam sampai ke pukul 6 petang esoknya akak tak makan apa2. Masok labour room x boleh makan konsepnya.

Lepas tu akak tukar pad and baju dlm toilet sbb baju penuh darah. Dannn bammmm! pitam kat luar toilet. Nasib baik laki akak ado. Dia tolong angkat akak dengan temok.

Esoknya pukul 12 dah boleh balik. Tapiiiiiii
Sebelum tu doc seluk lagi.. Adoiiiii akak nak pitammmmm bersalin kat HSI. Asek kena seluk je.

Alhamdulillah. Farha breastfeed dari hari pertama 2 jam sekali. So xde kuning. Hari ke 6 nurse datang rumah suruh pegi klinik check. Bacaan 4.8 so xde kuning.

Arini Rania Farha. Suka hati korang la nak panggil Rania ke Farha ke.... Dah sebulan.

Comparekan dengan Pahat. Bersalinkan Pahat sangatlah senang uollss... pukul 10ketuban pecah. Pukul 12 masuk labour room. Pukul 2 dah beranak. Jaga Pahat pun senang nak mampos. Sumbat susu tido lah kau. Kadang2 goyang2 sikit dah tido. Dia minum susu sampai kering breast x sempat nak pump.
Yang Farha ni, susu tak boleh bagi lebih sikit. Nanti dia muntah. Tak boleh angkat lepas menyusu. Muntah jugak. Lepas tu susu sikit2 jah. So akak malam2 kena pump kalau tak breast bengkak. So hari2 pump dapat la 4 to 5 oz. Ada yang aku kena buang sbb fridge x cukup space. Yang lain sumbat kat rumah akak aku sebab fridge dia besar.
Nak tidokan Farha pun masyarakatttttttt nak tercabut kaki tangan aku goyang2 tepuk2. Tido kejap pastu bila letak atas tilam bangun melalak. Pitammm mak uollsss!!

I guess kau beranak dua2 memang x sama. Mungkin anak lelaki dan perempuan berbeza??

Sekarang ni akak pantang sorang2. Masak sendiri. Basuh baju sendiri. Kalau sempat makan. Kalau x sempat kau makan je apa yang adoo sebab Farha ni sensitive. Pahat dulu kau lenjan je. Bising pon dia tidoooo. Minum susu pastu tidooo.. Senang gila jaga dia.

So. akak restlesss jaga anak pompuan ni haa.

So ni gambar Farha sehari kat sepital

Ni gambar 10 hari


Gambar lain2 akak malas nak upload. Giituuulah perangai akak kannnnn???

Ok. Dah. Akak nak makan sebelum anak aku bangun.

Eh, btw, sesiapa ada kat johor 14/12 ni dijemput datang majlis akikah dan kenduri Farha di kulai. Nanti akak bagi alamat sebab akak pun lupaan alamatnya.
Sila msg akak 0197369763. message sahajork. No ni xde whatsApp. Atau sesapa ada no whatsApp akak boleh je whatsApp.

Sesapa nak order choc chip cookies. Lepas pantang akak bukak balik. Sbb akak dah mesken kena la berniaga balik. Hahahaha

ok. See you soon!

2 comments:

Mohamad Husaini said...

Tahniah kak ilot!! Comelnya Farha. Sedap tul nama..
alahai anak ke 2 kot kak..org kata lg manja.. anak ke 2 nina bile besa sket baru nampak betapa cranky..manja..kaki gaduh ngan kakak..semua ada haha.rindu r nk baca tulisan kak ilotm keep update ya! Nina pon tengah menggodek semangat sbb laptop lama dh xder.baru ja beli haha. Nanti lawat2la ek
aufaadnicayangmama.blogspot.com

Mohamad Husaini said...

Sory tak tuka akaun gugel pinjam yg hubby haha

iklan