Wednesday, June 11, 2014

London again!

Baru siapkan correction. Lambat sikit sbb akak kena baca semua thesis balik and cari balik journal2 ntuk tambah dalam tu.
Bagus la jugak so ada lebih pemahaman disitu.
Yang menyampahnya akak tulis guna Latex, pastu dia dok la ltk figure semua kat last pages. Dah betulkan bila run pdf sama jugak. Sudehhhh akak dh malas nak betulkan akak anta je kat sv.

Speaking of sv, sv kawan akak kan x check pon report dia. Sv dia kata, report dia sv x nak masuk campur. Hantar je lah apa dia tulis tu.

In the middle of sibuk siapkan correction, akak sempat la pegi London ari ahad beramai2. Beramai2 tu penting sebab tiket murah bila pegi dgn group. All day pass termasuk tube n train GBP9.90 sahajork. Kalau bukan group GBP21. Koserrrr

Matlamat asal pegi makan je pon uollss... Tu memang matlamat kitorg. Lunch pi Tuk Din.

Makan untuk 6 org 2 children, GBP120. Mahal sikit lah TukDin. Ada lauk yang sedap ada yang x sedap.

Ahli rombongan. Nampak??

Pastu pi London Eye, ahkak dh pernah pegi tp ada akak sorg lg tu x pernah. So kami bawak la dia. Cuaca di hari kejadian panas gila okeh!

Jadi akak x kuasa nak berjalan, biar je diorg jalan2 merayau kemana2. Akak duduk bawah pokok.

Ni pon kulit akak dah berbelang. Akak nak kena beli sunblock. Penat akak putihkan kulit time winter.

Lepas tu pi Oxford street. Saja jalan2 cuci mata. Walaupon duit nan hado!. Akak and yati masuk lah Selfridges saja survey2 harga. Hampir semua kedai high end kami masuk and try. Dior je x sempat masuk sebab dah nak tutup.
Sempat tengok2 kasuk Valentino studded tew. Yg org dok beli. Elehhh x delah best sangat. Ujung dia keras. Kalau kaki aku yg kembang ni pakai nescaya jalan 100 meter dah melecet.

Try kasut chanel. OMG. Selesa gila okehhhh. Nanti akak kaya akak feeling2 nak beli kasut chanel 1.

Ni je gambar menetry yang ado. Ihsan dari Yati.
Ini ada lah beg prada. Harga GBP1430. Color ijau akak suka. Tapi nan hado lah nak beli. Baik aku bayar sewa rumah gituuu.

Dress akak tu from GAP. Beli kat outlet je. GBP14. Murah uollss.

Lepas jalan2 kat Oxford street sampai kedai tutup kaedahnya. Kami pegi makan kat Bonda Cafe pulak, still kat Paddington. Sini murah sikit compare to TukDin. Tapi ala2 warung gituuu.

Balik singgah KFC halal tapau chicken wing. Balik rumah menyesal beli 10 ketul je. Dah la sedap. Berebut dgn Pahat pulak makan.

Pahat kan, akak dgn Mohd Rafi tido dia makan ayam. Pastu dia dok minum air dgn fresh milk dia habeskan. Lepas tu dia tido. Apa pon x boleh.

Esoknya isnin kepenatan ya amatsss. Sakit kaki sbb feeling2 berjalan mcm org sihat. X sedar diri mengandung. Jawapannya x pegi la opis. Pahat pon pnteng nusery.

_____________________________________________

Ingat tak pokok Dafodil yang sekolah Pahat suh tanam? Dah besar okeh..

Tapi belum kuar bunga. Preschool dia dah email suh submit journal dia. Alooo cemana nak submit pokok tu x kuar bunga lagi. Malam ni kang emak print semua gambar2.

Bye. Nak kena pi seminar pulak.

1 comment:

feeza_nwa said...

London Eye, Bonda Cafe...huhuhu teringat2 LOndon bila baca entry kau ni...sedih plus rindu nak gi jalan2 kat sana...
Bilalah dapat merasa lagi gi sana??? Tak puas..lepas ni kalau ada rezeki, aku nak spent sebulan jalan UK jer...huhuhuhu

iklan