Thursday, August 1, 2013

Bila terlampau rajin.

Ha...kan uollss akak lepas buka td ngantuk sgt lepas maghrib pkl 8 lebih dah ajak Pahat tido. Pahat konsepnya emak tido dia tido. Kalau emak tido pkl 1 pagi pon dia tido pkl 1 pagi ya. Manala aku tak kuat membuta kalau dah nak tidokan anak emak membuta sekali.

Berbalik dari citer diatas. Akak dah tido. Pkl 10 bangun teringat kueh orang td pg order extra nk esok jd akak pon bangunlah buat choc chip.

Pahat sekarang ya ampunnnn... Boleh tahan hyper. Aku gi buat tb test for visa purpose Doc kat Gleaneglas tu tanya:

Dia memang hyperactive ke?

Dah la haku hangin. Pahat dah menjerit2 kat ruang menunggu tu. Aku ni tggu radiologist tukar shift bapak lama. stress terus emak. Pulak tu dia suh aku tkr baju xray tu dulu. Tunggu bapak lama. Akak dah risau Pahat menjerit2 kat luar dgn apak dia.

Aritu aku bawak gi majlis berbuka puasa opis pon dia paling ligat skali. Siap join budak2 besar tu main baling2 selipar.

Pastu perangai dia kepoh nak mampos. kalau ko duk kat sinki dapur cepat2 dia dtg diri kat sebelah. Bukan buat apa dok menyibuk je. Kalau nk masak sibuk amek lesung nak menumbuk. Kalau aku susun kueh dia pon sibuk nak susun kueh jugak. Kalau tat memang aku x bagi dia pegang takut hancur. kang aku sibuk bancuh kueh dia pon menyibuk nk uli2 jugak.

Ada harapan anak aku jadi chef dah besar.

Nampak tak menyibuk orang nk kacau adunan kueh.

Baju raya Pahat x beli lagi. Tak sempat.  Baju raya apak pakai tahun lepas2 punya. Membazir je buat tiap2 tahun bukan dia pakai. Gi semayang jumaat pon pakai kain dengan Tshirt je.
Pastu tetiba malas nk sambung. Selalu kan mcm ni?

No comments:

iklan