Friday, July 12, 2013

Sahur...

Ha kannnn??? bulan2 puasa ni idea nak karang blog apa lagi??? Makanan la jawabnya..

Pastu student pon tengah cuti. Xde kerja sangat tengok2 la resepi kat internet tu ha.. Kang mula la plan macam2 nak masak. Ujung2 balik rumah masak benda lain. Howww??

Puasa 1st day sebab Pahat buat hal emak beli ja kat bazaar. Tu pon beli mee goreng rm1.50 je. Kueh Lopes dengan air kelapa. Dah.

Sahur aku masak lah ikan bilis kicap. Dengan kuarkan rendang yg ada dalam simpanan. Emak kan ratu frozen...haruslah lauk2 tak habes tu masuk frozen. Kuarkan disaat2 memerlukan.

 Nasik masak 1 pot sahajork. Tak yah membazer sangat.

Day 2 puasa akak masak asam pedas ikan terubuk+ikan kerisi. Masak 2 jenis ikan sebab Mohd Rafi tak makan ikan terubuk. Pastu bayam goreng dan sambal kering ikan bilis tempe.

 Lauk ni bawak ke sahur ye... tak kuasa akak nak masak lauk lain sedangkan lauk buka tak habes. Konsep taknak membazer.

Pastu, akak masak banyak2 sambal goreng ikan bilis tempe ni tukang kerjakan ialah Pahat dan juga Mohd Rafi. Ujung2 tinggal sikit je. Akak baru feeling2 buat banyak2 sebab nak simpan kan sahur2 boleh makan.

Penat uollss siang ikan bilis kecik2 tu.. Kalau pakai ikan bilis besar tak sedap pulak. Petang ni kang kena beli lain..

Byee....!


No comments:

iklan