Tuesday, July 16, 2013

Puasa 6 : cirit birit

Uollss...hari Ahad kan akak masak kari kepala ikan merah. Menu kepala ikan merah ni hanya setahun sekali je dinikmati ya sebab mahal kaedahnya. Tapi sekarang pon ayam dah RM9.80 sekilo. Kau tak pitammm??

BTW kepala ikan merah besar tapak tangan laki akak (sebab tapak tangan akak kecik pulakk...tetiba mengaku kecik), juga ekor ikan merah semua sekali rm17.

Masak kari campak segala jenis sayur dalam tu.

Nampak? sampai ikan pon dah tak nampak. Semata2 sayur je dalam tu kaedahnya.
Ni gara2 pemalas nak masak sayur lagi, jadi kita campak je semua dalam tu.

Pastu tumbuk sambal belacan. Settle.

Pukul 6 dah siap masak. Mohd Rafi ajak akak pegi Baazar cari kueh. Ok lah akak ikut sahajork.

Kat Baazar jumpa pulak dengan Akak Babysitter Pahat dan juga anak2 dia. Jadi Pahat pon kena gomol dengan anak2 dia mcm tak jumpa setahun gituuu. Si Pahat pon suka la ada orang main2 dengan dia.

Beli murtabak je kaedahnya. Mohd Rafi beli air coconut shake. Pastu Pahat nampak ayam percik meroyan nak. Jadi emak belikan la RM3. > ok la, harga mampu milik lagi.

Tapi sebab dah kenyang makan nasik akak makan ayam tu dengan Pahat malamnya, Mohd Rafi x makan.

Hasilnya, emak cirit birit dengan Pahat semalam. Nasib baik la Pahat makan sikit je, dia cirit birit x la teruk macam emak.

Rasainnnnnn!!

Ok lah, akak cuak pasal nak apply visa. Yela akak takut la akak tinggalkan UK dulu ada record apa2 ke kaedahnya kannn.. Mana la tau... Hopefully lepas lah visa emak n family...Doakan kitorg ye!

Pasal issue BIN and BINTI tu akak check dengan Cik Sha, dia siap send gambar passport dia ada BIN/BINTI and visa n ATAS xde, Akak jugak check dengan agent dia kata selama ni dia uruskan visa student dah 2 3 tahun lepas je visa x letak binti pon. And regarding sekarang visa dah di hantar ke Philipine untuk diproses takut diorang tak paham BIN/BINTI, agent tu kata memang dah berapa tahun pon dihantar kesana, xde masalah pon student2 dia buat visa takde BIN/BINTI.

Sekian clarification...

No comments:

iklan