Thursday, July 11, 2013

Anak hilang.

Semalam akak tulis akak malas gi Pasar sebab Pahat tak reti diri sebelah aku. Dia suka jalan2 ikut suka dia je.

Yesss...semalam sebab lauk dah xde kat rumah. And Mohd Rafi selalu balik lambat. Terpaksa lah aku bawak jugak Pahat pegi kedai beli lauk.

Kedai tu dah la ramai orang. Pastu Pahat kejap2 kejar kucing. Kejap2 amik jajan. Aku terpaksa heret dia tiap kali nak masukkan sayur dalam plastic.

So sekali tu akak nak amek ikan masuk dalam plastic. Dia tengah ralit main kucing so aku biarkan sebab kucing tu kan sebelah je.

Aku baru amek sekor tengok2 dia dah HILANG!!

Aku cari 1 kedai xde.

OK. Emak dah panic!

Aku round lagi kedai tu 2 kali takde.

Mau tak pitammm? Aku panggil nama dia pon x menyahut.

Tanya orang2 dalam kedai tu tak nampak.

Pastu tanya adik depan kedai burger tu. Dia kata tadi ada duduk situ.

Pastu aku pegi kedai mamak runcit selang 4 buah kedai. Tanya pekerja dia nampak  ke tak.

Dia kata, ada kat dalam.

Aku masuk2 tengok2 dia tengah tengok magazine dalam kedai tu.

Terus aku amek dia bawak masuk kereta dan kunci.

Pastu emak terus beli lauk. Nasib baik puasa ye, kalau tak memang dah lama kena babap,
Pastu dia melalak dalam kereta. Nasib lah kan, asalkan tak hilang. Aku terus bayarlah apa yang aku amek.

Balik rumah mood nak masak dah hilang. Tetiba pulak Mohd Rafi balik awal. So pegi beli mee rm1.50 dua kat pasar pastu sudahh. Sahur baru aku masak.

Aku rasa nak beli je tali mcm yang omputeh selalu ikat kat anak dia tu.

Lesson learn lepas ni pegi kedai memang jangan harap aku nak bawak Pahat. Biar dia duduk rumah je.

Pegi tesco ke Aeon ke takpe boleh masukkan dia dalam troli...

oh. baju raya x beli lagik.

1 comment:

Hazeman Huzir said...

Kekadang situasi ni tak tau nak salahkan saper kan? Patutkah kita merotan bebudak ni?

Pengalaman saya pulak hampir terlanggar budak kecik dan mak yang tak amik endah.

http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/07/rogol-liwat-bunuh-budak-hilang-dan.html.

iklan