Thursday, June 20, 2013

FAQ: KUEH RAYA.

1. Heh..semalam akak buat sample kueh raya lepas balik opis. Sempat siapkan 5 balang almond london dengan 4 balang Cheese Button. Yesss...aku malas bagi sample bungkus2 dalam plastic sebijik-sebijik..
Konsep akak letak 1 balang terus kat department. And, kalau orang nak beli, belilah. Kalau x nak, nk makan habeskan pon akak tak kesah.

2. Akak ingatkan buat kueh raya time Pahat baby paling mencabar sebab kena stop kejap breastfeed kan dia. Pastu kena tidokan dia...**pastu dengan aku2 sekali membuta..ujung2 kueh x siap..hahaha...
Tapi uolllsss....
Ni dah besar ni lagi mencabar ye...Sebab dia dok tunggu depan tray kueh tu ye nak makan... Aku x tau berapa bijik Almond London dia telan. Pagi2 amek cheese button masuk dalam mangkuk dia makan pastu duduk depan sambil tengok TV... Amboiiii chantek sangat kannn??
Ni nak kena potong elaun duit raya Pahat ni sebab dia menyebabkan emak kerugian jual kueh raya...

3. Pos tak kueh raya??
Akak boleh pos tapi untuk choc chip dan almond london sahajork. Kalau chese button atau tart nanti pecah. And cost post ditanggung oleh tukang order.

4. Buat tak kueh tart blueberry??
Ha ni soalan kawan adik aku. TIDAK adelah jawapannya sebab kueh2 akak semua kueh yang akak suka makan sahajork akak buat. Lagipon akak malas nak buat kueh banyak2 jenis..

5. Tepung apa akak guna?
Untuk mengelakkan keraguan. Akak hanya menggunakan tepung faiza atau bunga cempaka TANPA BENZOYL PEROXIDE (BLEACHING). Jadi, boleh la makan tanpa ragu2...

6. Delivery kat mana??
UPM. PUTRAJAYA. CYBERJAYA. area EQUINE. dan BANGI.

7. Nak jadi agen boleh tak??
MAaf uollss... Akak bukan buat secara besar2an sangat sebab tukang buatnya akak sorang. Pastu buat lepas waktu kerja. Jadi xde agent... Tapi kalau korang customer akak last year akak bg harga RM23 satu balang. Ni promosi kat blog sahajork... Dont worry akak ingat sapa2 dr blog akak yg beli tahun lepas.

 Ni kueh yang sedang selling fast!


Choc chip cookies like no other. Tak percaya boleh tanya previous2 customer tentang review cookies ni.

Ok. Bye.. Nnt akak update lagik! **mentang2 student dah habes exam....

No comments:

iklan