Wednesday, May 22, 2013

Orang sihat pon belum tentu mampu ya....

Uollss...ni paper ahad ke sabtu lepas ntah akak baca.

Tu diah. Mintak derma nak biaya anak buat degree kat UK.
Akak nak bagitau ya, even orang sihat pon belum tentu ya mampu hantar anak pegi buat degree kat UK. Diorang pon cari sponsor tak kisah la LOAN ataupun SCHOLARSHIP.

And kalau setakat offer letter degree UK dah dapat akak rasa berlambak orang dapat. Bukan susah sangat pon nak dapatkan offer letter. Diorang lagi suka orang datang negara diorg sebab kita bayar yuran mahal. Dari situ menjana ekonomi UK.

Pastu nak biaya pegi UK tu ingat murah 10k 20k ka? Tution fee sahajork GBP10k per year. Hah, silalah darap 5. Pastu visa ingat setakat ada 10k and takde cagaran lain boleh lepas??

Akak pon ado offer letter PHD dari UK tapi xde la sampai aku nak mintak derma kat orang biaya pengajian. Paling2 pon akak apply MARA jah. Pastu kalau setakat degree tu kan, kalau x dapat sponsor dan xde cukup duit lebih baik buat kat Malaysia sahajork. Lepas tu kalau nak buat bidang yang lebih specific sangat buat lah Master. Degree tak perlu nak specific2 sangat uollss bukannya nak buat PHD pon...

Anak dia pon satu jugak. Dah tau emak tak mampu kenapa nak mintak bulan dan bintang yang tak tercapai tu? I tell you masa aku nak buat degree kat UK. Aku usaha sendiri apply MARA.

Pastu kena ulang alik KL kan xde duit, aku keje kilang sebagai operator untuk cover duit tambang turun naik pejabat MARA. Pastu kena amek IELTS test yang mahal tu, masa tu kalau tak silap RM400 lebih kot. Beli buku IELTS RM60. Yela dulu2 mana ada laptop, guna internet pon line telepon tu ha yang lembab nak mampos. Takde konsep2 download buku online.

Nak bayar duit IELTS tu pon hasil aku keje kilang jugak okeh. Takde aku nak menyusahkan mak aku mintak duit bagai.

Aku pon dah cakap kat mak aku, aku buat degree kat UK takkan guna duit dia.

Lepas tu aku pegi UK semua orang bawak laptop, aku pinjam laptop kawan aku Huda sebab masa tu aku tak mampu nak beli. Kasut pon aku bawak 1 je, kasut murah chap ayam yang RM30. Masa tu autumn, aku bawak jaket yang murah jugak. Baju2 aku bawak pon xde yang baru aku beli. Semua baju lama.

Tap alhamdulillah kat sana aku kerja cleaner, dapat beli laptop toshiba GBP699, masa tu kalau convert  jadi RM5k++... Aku pegi beli dgn CD Owner kot masa tu. Pastu ada duit lebih siap aku bagi kat mak aku lagi. Kadang2 bagi GBP200 kadang2 GBP300..

Kesimpulannya disini, kalau nak sesuatu kena usaha sendiri, ukur baju dibadan sendiri... Sekian.

3 comments:

arnie said...

hebatnye akak.. ms student pun masih boleg bg mak duit.. gigih kak.. hebat!

ummu aufa said...

kan? kalau anak die result ok mesti dpt biasiswa mane2..kena usaha dulu mcm keje dulu ke or sambung blaja dlm mesia dulu baru g sane..sian mak die susah hati lak.hu2. salute la ngan akak tengah blaja + keje + hanta duit kat mak. =)

shilafaizz said...

i like! budak tu kene baca blog hakak ni.

iklan