Thursday, April 18, 2013

Training No. 2

Kan akak training Pahat kencing kat toilet kann??

Minggu lepas akak training dia berak kat toilet pulak.

Kalau tak sanggup dia x berak 4 hari okeh. Sebab dia tak biasa. Dulu kan selalu berak ada pampers. Ni tiba2 dia rasa kosong je kot kat bontot dia..

So last week akak beli toilet seat yang macam ni ha.

Tapi bukan lah exactly mcm tu. Pahat punya color putih dan ada kartun2.

Yang ni nanti just attach kat toilet seat biasa tu je. Harga kat carefour rm15 sahajork.

Mula2 survey Potty Train semua yang jenis macam ni,

Tapi mahal tu satu hal. Dah tu tak sanggup pulak aku nak cuci. Matilakannnn.. Ada yang dia bagi plastic lepas berak ikat dan buang. Macam geli je aku tengok. Kalau berak cair cemana? kan geli kannn??

So akak decide beli yang attach kat toilet seat dewasa tu jah. Lepas berak FLUSH. Taik pon hilang x payah nak bungkus2. Ish!

So, sama mcm aku train Pahat kencing dulu. Kena shi shi shi shi sampai berbuih mulut kau kannn??

Train Pahat berak nih mulut aku kena berbunyi jugak ik ik...ik ik.... bunyi meneran.

Amek masa jugak lah nak tunggu dia berak. Aku siap bukak kipas duduk depan pintu toilet tunggu dia. Kadang2 pegi tgk tv jap. Pastu pi tengok dia lagi.

So far berjaya jugak la train dia. Dah 5 6 kali jugak dia berak kat toilet.

Kencing pon sekarang nak kena kat toilet seat jugak. Kalau tak dia x nak kencing.

Aritu berjaya jugak la aku bawak dia gi jalan2 tak pakai pampers selama 3 jam. Dengan syarat dah kencingkan dia siap2 kat rumah.

Tapiii...semalam aku bawak dia pegi carefour. Aku pon satu hal jugak ingatkan nak pi kejap je. So aku pon x lah kencingkan dia siap2.

Sekali je pegi pos office. Pastu pi carefour pastu nak pegi mcD belikan dia bubur sekali.

Tengah2 beratur tu akak rasa air mengalir kat kaki akak. Masa tu Pahat diri dalam troli.

Dia kencing uolllssss!! Kat tengah2 McD itteewwww

Semua orang dok pandang akak. Cepat2 akak blah pegi toilet cuci seluar dia. Bersihkan badan dia sambil babap 2 3 das sebab nak kencing taknak bagitau. Merasa lah!

Terus akak balik. Sambil dalam kereta bebel2 kat Pahat. Macam anak kau pahammm.

So kesimpulannya, potty train anak x reti bercakap lagi ni susah sikit. Kena paham sign2 dia nak kencing. Kalau kat rumah xpe. Dia pandai bukak seluar sindiri pastu ajak pi toilet. Nak bawak jalan2 make sure dah kencingkan siap2 kat rumah.

Saya dah besar!!



2 comments:

Mrs Nageb said...

Wah best pahat dah berjaya :)

Mareesa belum lagi :)

monstorious wife said...

Takpe...pelan2..

iklan