Thursday, April 25, 2013

Membosankan.

Uollss...akak ni bukan apa. Akak memang tak suka dengan orang yang taksub sangat dengan supplement ni.

Lebih2 lagi kat FB tu dok kerja setiap 5 menet promote bisness dia pastu tag nama aku. Memang la akak hangen. Nak remove tag kat FB sekarang dah la leceh nak kena letak reason2 bagai... Ntah ke aku yang bodoh ke hapa pon akak pon x tau..

Pastu jual barang kechantekan dah tu gambar cilok dari product orang lain. Motipppp??

Ni akak bukan nak kutuk. Tapi akak tengok kawan akak habeskan dekat RM800 untuk makan product yang dutanya adelah Awan Dania ittewww tapi aku tengok muka dia sama jah!!

Kalau RM800x12 = RM9600

Membazer jah!!

Pastu tu belum supplement yang dekat FB semua orang dok sibuk jual tu. Apa kejadahnya promosi dia pagi tengah hari malam kena makan supplement je kerjanya.

Ni akak nak bagitau ye... Bukannya korang tak boleh makan supplement, Tapi semua benda nak makan kena ada advise doctor. Even vitamin C kalau ko terlebih makan pon ada side effect. Tak percaya ko pegi google sana.

Sama la jugak jangan makan benda2 yang untuk chantek tu sangat tanpa tau LONG TERM effect dikemudian hari.
Memang la semua product kata diluluskan KKM. Takde side effect lah... Silalah baca ingredient pastu cari Long Term effect dia.

Sebab semua orang taksub nak jadi chantek, jadi sanggup perabeh duit beli. Dan paling aku tak suka sekali adelah bagi anak makan jugak supplement tu walaupon collagen!!

Akak rasa lebih baik back to natural way lagi bagus dari merepek2 ko makan supplement ntah hapa2.

Nak habeskan duit tu suka hati uollss... Akak masa dulu brestfeed kan Pahat pon nan hado makan supplement bukan2. Boleh je aku breastfeed kan dia sampai setahun setengah. Ni aku tengok makan supplement macam2 tapi 8 bulan jah. Yang penting adelah kerap direct feed dan minum air.

Air ni pon 1 hal aku nak bagitau. Siapa ajar minum air 5liter sehari?? Lainlah kalau ko lari marathon 10km. Remember just take whatever your body needs. Kata kevin zahari, tengok air kencing uollss...kalau color cerah tu maksudnya air dah cukup. Kalau kuning tu belum cukup.

Kalau ko minum air berlebihan akan overwork buah pinggang. Nanti bila buah pinggan dah overwork. Sendiri mau ingat.

Semua benda ambil secara berlebihan pon tak elok.

Jangan sesekali advise orang minum air banyak2 nak mampos. 5 liter tu ok lagi. Ada yang akak baca suruh minum 7 8 litre sehari. Terus pengsan aku baca!!

2 litre tu dah cukup unless kau lari marathon 10kilometer air tu akan keluar as peluh. Kalau ko duduk kat aircon sepanjang hari air tu akan keluar as air kencing. Dah kalau asik kencing sebab banyak sgt minum jadinya akan overwork buah pinggang..

Lagi 1 akak nak nasihatkan, kalau diri sendiri bukan doctor, jangan suka2 nasihatkan orang amek supplement bukan2.

Sekian.

3 comments:

DeLancrettLurpak said...

itulah, obses sgt minum ayo katanya.

kalau tak silap aku 8 gelas dah cukup dah kan air kan?

monstorious wife said...

Kann...8 gelas dh cukup x perlu nak hover2 sampai 5 liter.

haidar said...

ye...

sy pun naik meluat org tag kat fb alpha lipid susu tu.. mahal kan benda alah tu

koser laaa..

iklan