Friday, November 2, 2012

Dream come true!! Lee Seunggi!

Uolls baca blog akak mesti tau akak memang gila dengan Lee Seunggi kann??

Sebenarnya akak memang feeling2 nak beli tiket konsert/show dia yang ni.

Merasa aku letak gambar extra large teros.

Tapi kan akak mampu beli yang RM158 tu ja. Tapi tu takat tengok dari jauh ja... Koserrr!

Semalam Fiza call akak;

'Weh, kalau aku bgtau aku ada tiket VIP Lee Seunggi ko nak tak?'

Terus akak jerit.

'Nakkkkkkkkk!!'

Alkisahnya, Fiza call Red fm sebab semalam Red Fm interview Lee Seunggi. Pastu malam tu diorang buat contest ka apa ka ntah, so Fiza dapat lah.

OMG. I'm so excited hokeh!

Ticket VIP yang dapat photograph and sign autograph tu. RM528.

Next step adelah bgtau Mohd Rafi since Show tu arini!!! Pukul 8pm.

So aku kena la suruh Mohd Rafi balik awal dalam pukul 5pm sebab akak nak pegi sana uollss..

Laki akak jeling2 akak sambil telepon Boss dia bagtau dia kena balik awal esok sebab ada hal.

Yuhuuuu...yabeda beduuuuuu!!! Boleh tengok Lee Seunggi!! Sambil joget2...

Terima Kasih Bang sebab memahami I minat Lee Seunggi.

Mana tak nya kalau asyik berzikir sebut nama Lee Seunggi je kat rumah..**matilaa

Cemana laki akak boleh bagi pegi?? Sebab dia pegi agenda2 permotoran dia tu pon akak dengan rela hati bagi pegi hokeh. So fair and square lah. Dia x kongkong akak, akak pon x kongkong dia.

See you Lee Seunggi!!

No comments:

iklan