Monday, July 16, 2012

Takde keje

Student cuti 3 bulan. Akak dok melangut kat opis takde keje.

Bosan hokeh.

Aritu ada la jugak busy baca paper untuk buat proposal. Nih application dah pon submit tinggal tunggu offer letter sahajork. Pastu dah tak tau nak buat apa kecuali baca blog orang which is never ending activity.

Kadang2 akak dah boring sangat akak tido. Kadang2 pegi Mines. Kadang2 merayau tak tentu hala. Kau adoo??

Next week akak cuti seminggu nak siapkan kueh raya korang. Tempahan pon tak banyak sebab akak tak pass kat agent tahun nih. Moderate je lah unless aku ada assistant 4 orang.

Ada sepupu aku offer indon tapi kena tido kat rumah aku. Koser haku!!

Aritu akak call mara uolllss.. dia kata kena bg offer letter la pulakkkss.. Tapi tetap la application akak di KIV kan, tunggu program khas SPM lepas katanya. Tapi no prob, next year akak boleh apply lagik.

Cuma perlu defer entry sahajork. Kalau ada rezeki tu ada la..

Good news kan, elaun rate C dah naik jadi 1k pound okeh. Which will be enough for family. Kalau bujang tu siap ada lebih lagik. Yela rumah sebijik kalau rate C tu around 500pound jah. Kalau kau bujang sah2 kau share 4 orang. Dah tu lagik 900pound lebih tu nak buat apa? Haruslah berholiday sakan. Matila mak kena caci!!... Masa akak belajar dulu dapat 393 pound sahajork, masa tu bayar accomodation around 260pound, siap boleh berjalan2 ke london lagik..Akak pon tidak lah paham kenapa diorang perlu naikkan elaun dengan begitu banyak sekali sedangkan kat Malaysia cuma dapat RM900 sahajork sebulan!! Alasannya adelah supaya student Malaysia tidak berkerja di UK. Hellooooooo, kawan2 akak yang berkerja ok je dapat first class kannnn?? Takde alasan sebenarnya uolllsss...

**Matila akak kalau pegawai ma ra baca, matilah di tolak application.

Padahal cost living kat malaysia nih lagi mahal nak mampos berbanding UK. Sapa yang duduk UK pastu balik malaysia mesti mengeluh pasal benda nih. Bukan akak tak bersyukur elaun naik tapi, perlu dinaikkan jugak elaun untuk mereka2 yang study di Malaysia nih.

Akak ada lagik sehari puasa nak kena ganti uollsss.. Apesal ntah tahun nih lembab sangat nak ganti puasa. Jap lagik kang nak bayar fidyah kat pusat zakat.


No comments:

iklan