Monday, March 19, 2012

Buang tebiat.

Akak rasa laki akak dah buang tebiat.

Matila kannn...

Tetiba beli hair gel code 10 lepas potong rambut. Sebelum2 nih tak pernah pon nak pakai selama 4 tahun aku kawen dengan dia.
Aku belikan gel afterbed loreal pon harammm nak pakai.
Selalu dia pakai baby oil tu ha share dengan pahat. Kau mampu buat konsep sharing dengan anak ko?

Semalam tetiba ajak pegi Icity. Dah kenapa dengan laki aku nih?
Akak pegi je lah.
Mampos parking RM10 kat jalan batu tu.
Dah la jalan pon jauh jugak.
Dah tu bukannya parking tar pon.
What the hell mahal gila parking.

Dah tu Mohd Rafi ajak naek wheel tu yang ala2 eye of malaysia tuh. Sebab tu je yang Pahat boleh naek. Yang lain tak lepas tinggi 90cm.

Akak nak cakap sikit. Akak gayat hokeh. Sama mcm naek cable car kat Langkawi tuh.

Mula2 sebenarnya Mohd Rafi feeling2 nak masuk rumah 4 musim tu ha... yg ado winter, autumn, spring bagai..

Akak cakap dengan dia:
'Elehh...i tak heran pon dengan benda tu. I dah pernah rasa kat uk'

Berlagak gila. Dah tu, dia kata nak masuk feeling2 bawak Pahat.

Sekali tengok harga Mahal terus cancel. Merasa!

Akak baru lepas masak dan bagi Pahat makan. Lepas makan dia tido amann donia akak.

Arini masak kari daging dengan bayam jah. Sekarang akak dah insaf sikit2. Kalau masak makanan darat akak tak feeling2 campur dengan laut. Kalau konsep hari tersebut akak masak ayam, kalau nak campur pon akak campur dgn daging. kalau hari tersebut masakan laut, semua masakan laut gituuuuu.

Tapi awas uolllss, jangan makan makanan laut banyak sangat. Banyak asic urik penyebab stroke.

Camtuhhhhhh....feeling2 konon nak sehat tapi malas exercise. Kau ado?

Bila surat naek kerja akak nak di sign nih uolllsss?? penat akak tunggu. Akak takut tak sempat habes bulan 6 ni jah project tu okeh. BTW, report utk project tu kena hantar bulan 6. So ada 2 bulan je lagi.. aiyoooo, nak kena cepat tapi tak panggil naek kerja lagi. Howwww??? Pening akak memikirkannya..

Eh, akak nak citer lagik. Kawan Mohd Rafi hari2 dok tanya akak buat ROti jala tak, masak apa arini. Tak hantar makanan ke, aiyooooo...pengsan akak. Tujuan utama dia adelah nak makan lah uolllsss.... Mohd Rafi kan suka berbagi rejeki konsepnya makan sharing is caring.

Ada sibuk nak jadikan Pahat sebagai adik angkat dia sebab konsep nak makan free katanya. Koser tau.

Bye. Sambung buat kerja sana. Akak nak kena buat cookies tapi takde mood. Matila tak sedar diri duet takde.

No comments:

iklan