Wednesday, January 11, 2012

AYERS ROCK damansara

Kannnn??? baru nak update pasal Ayer Rock.

DI sebabkan 4 bulan lepas CD Owner berjanji nak belanja akak sekeluarga, jadi Ahad lepas akak paksa dia belanja kat AYERS ROCK.

Mula2 akak suh dia belanja kat istana bambu tapi akak feeling2 tukar uollss... Keji tak??

Akak ajak Fiza sekali. Sorry uollls gambar sebelum makan nan hado pulak.

Akak order Wagyu Rib Eye -RM118 > mampos kalau guna duet sendiri jangan harap aku nak order.
Review : Sumpah tak sedap. Rasa hanyir daging, rasa rumput. TAPI daging memang lembut. So akak dah tau la rasa wagyu beef yang orang korea dan jepun agung2kan itttewww. Aku order medium dapat medium well.

Mohd Rafi order - Dia pon tak tau dia order apa bolehhh?? Tapi dia pilih steak kat kaunter.
Review : Sedap. Dia mintak medium well tapi dapat medium. Daging lembut. Rasa boleh tahan.

CD owner order - Agnus apa ntah ke nama dia
Review : Tak sedap dan liat. Order Medium well dapat medium jugak

Fiza Order - Lamb apa aku lupa***matila kannn
Review : Sedap! dan lembut.

Last sekali order beef ball > sedap tapi lagi sedap ikea.

Overall, takkan makan di situ lagik kalau ada duet. Kalau tak pon just amek burger sajork. Akak rasa kalau gravy dia tu lain mcm black pepper gravy ke lagi sedap kot.

Balik kitorang jalan2 ke One Utama. Awas! Jalan2 sajork sebab akak kan mesken. Paling2 pon beli air dengan Donut jah.


Budak ni mula2 excited nak masuk Kiddie Ride. Tapi itu semua hanya seketika. 30 minit kemudian dia boring sibuk keluarkan kaki nak turun. Keluarkan kepala lah. Tak sampai sejam aku sewa dah pulang baling. Keji!

Nasib baik murah RM3 sajork.

Akak tak berapa familiar dengan One Utama, tapi akak nak breastfeed kan Pahat. Masukkan la changing room. Ada budak ni SINGLE tengah duduk2 main henpon. Akak jeling2 suruh bangun pon nan ado dia paham. Hellooooo ni bilik ibu bapa yang ada anak bukan untuk kau duduk main henpon.

Last2 aku tak jadi lah breastfeed Pahat sebab takde tempat. Ajak Mohd Rafi balik, BF dalam keter dan terus Pahat tidoooo...


4 comments:

Anonymous said...

Next time gi meat work lak. Ajak aisar. anyway adong makan gribeye and CD Owner makan Angus, Fiza makan lambloin. and dont forget air lemon lime bitter yang korang dok sibuk bawak balik botol dia hahahaha.

Mrs Nageb said...

tapi ai suke burger kat situ..hehehe

Anonymous said...

jom makan laman grill. Pi ramai2 nak. pas ku abes present.. hehe.. MJ

monstorious wife said...

CD owner : aritu ko kata meat work x halal? Ha ah, air lemon tu sesuai makan dgn steak. Thanks belanja!

khalilah : burger dia tak rasa uollls... sebab oorg belanja kitorg amek steak, haha

MJ : Suh cik Lee pulak belanja nak? dia kan dah keje baru katanya..

iklan